Seperti ramai sedia maklum, kehadiran rider yang membantu membawa menghantar makanan sememangnya sangat membantu dalam urusan seharian khususnya buat mereka yang tidak sempat untuk memasak atau ke restoran.

Dalam pada itu, di sebalik usaha dan kerja keras mereka dalam menghantar makanan kepada pelaggan dalam mencari rezeki, para rider ini juga terkadang tidak terlepas dengan karenah pelanggan yang mungkin memakan masa mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular di TikTok @uciluna_ di mana beliau yang tersilap pin location atau menetapkan lokasi penghantaran telah mengundang rasa marah pada rider penghantar makanan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pelanggan ini turut terlepas panggilan rider beberapa kali yang sekaligus membuatkan rider berkenaan mengamuk serta menendang pintu pejabatnya.

@uciluna_

Tak sangka jadi kejadian gaduh macam ni , punca uci salah pin tempatt ๐Ÿฅฒ .. #rider #viral #malaysia #delivery #jomwatchlive

โ™ฌ suara asli – ๐ŸคŽ๐“ญ๐“ญ_๐“ฎ๐“ท๐”‚ใ€ฝ๏ธ – ๐™™๐™š๐™™๐™š ๐™š๐™ฃ๐™ฎ

Menerusi perkongsian, pelanggan ini mengakui kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf serta sedia memberi tip lebih kepada rider berkenaan namun itu semua tidak cukup untuk membuatkan rider tersebut daripada menahan rasa marah terhadap pelanggan tersebut.

Meskipun tindakan rider tersebut dilihat kasar, rata-rata netizen seolah menyokong tindakan rider berkenaan mengetahui pelanggan tersebut bukan sahaja tersalah pin location malah turut tidak mengangkat panggilan rider tersebut. Berikut merupakan respon daripada para netizen.

Sumber: tiktok @uciluna
Sumber: tiktok @uciluna
Sumber: tiktok @uciluna

Selain itu, terdapat juga pengguna TikTok yang merupakan seorang rider memaklumukan tindakan tidak mengangkat panggilan pelanggan secara tidak langsung telah memakan masa rider berkenaan dalam meraih pendapatan yang lebih.

Diharap isu ini dapat dijadikan pengajaran buat para pelanggan yang mahu mendapatkan servis penghantaran makanan agar situasi seperti ini tidak berulang sekaligus menjamin urusan antara dua pihak berjalan dengan lancar.

Sekitar minggu lalu, tular sebuah perkongsian di mana set nasi kandar yang disertakan dengan seketul ayam dan telur masin ini dicas RM32.65 berikutan kesilapan pengiraan.

โ€˜Hanya Ayam Seketul Dan Telur Masinโ€™ – Set Nasi Kandar Dicas Harga RM32.65 Didakwa Tersilap Kira

Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Panik Dan Jual Hidangan KFC Mencecah RM3.8 Juta