Setiap orang pastinya pernah menyakat atau mengusik rakan-rakan mereka bukan? Namun, setiap orang mempunyai pelbagai cara tersendiri untuk melakukan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi jika anda ada rakan yang jenis takut akan haiwan atau serangga seperti cicak, lipas dan tikus.

Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna Twitter @darwishhh_, apabila dia memuat naik sebuah video yang menunjukkan dia menyakat rakan-rakannya dengan seekor tikus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam video yang berdurasi 15 saat itu memaparkan dia memegang bahagian ekor tikus lalu menghalakan kepada rakan-rakannya dengan tujuan untuk menakutkan mereka. Rakan-rakan dilihat terus melakukan aksi ‘parkour’ untuk menyelamatkan diri.

https://twitter.com/darwishhh__/status/1195534205909753856?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1195692734733897728&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fwp%2Fwp-admin%2Fpost-new.php

Perkongsian lelaki itu telah menerima lebih 11,000 retweets daripada netizen kerana rata-rata netizen terhibur dengan gelagat-gelagat yang dapat dilihat di dalam video tersebut. Namun begitu, ada juga netizen yang menzahirkan kerisauan mereka kerana lelaki tersebut memegang ekor tikus itu tanpa mengenakan sebarang sarung tangan.

Melihatkan perkongsian yang semakin tular itu, seorang doktor yang bernama Nimalesh (@HausofHilton) tampil memberi teguran terhadap tindakan lelaki tersebut. Hal ini disebabkan Dr. Nimalesh risau kerana ianya melibatkan kesihatan. Dr. Nimalesh turut menyenaraikan beberapa penyakit yang boleh berpunca daripada haiwan perosak tersebut.

Diharapkan dengan perkongsian dari Dr. Nimalesh ini akan membuka mata orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam berurusan dengan haiwan perosak ini.

Terdahulu, seorang artis membina restoran khas untuk tikus di Sweden. Kilik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Artis Ini Bina Restoran Khas Untuk Tikus Di Sweden

Saksikan Apa Yang Terjadi Apabila Ribuan Bola Ping Pong Berterbangan Dilontar Perangkap Tikus

Sumber