Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai syarikat teknologi dari Amerika Syarikat dan China pasti ramai yang mampu menyenaraikannya. Kemaraan kedua-dua syarikat ini secara tidak langsung telah mencetuskan perang dagang antara dua negara.

Jika sebelum ini, Huawei telah disenarai-hitam oleh Amerika Syarikat, nampaknya syarikat Xiaomi juga bakal melalui situasi yang sama.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Ironinya, syarikat Xiaomi bukanlah didakwa berikutan isu 5G seperti mana syarikat Huawei namun hanya disebabkan pengasas Xiaomi iaitu Lei Jun telah menerima anugerah Outstanding Builder of Socialism with Chinese Characteristics.

lei-jun-xiamoi-time-with

Sumber: Time magazine

Berikutan isu blacklist yang berlaku, Xiaomi turut tampil dengan kenyataan rasmi memaklumkan syarikat mereka sememangnya tidak mempunyai sebarang kerja sama dengan kerajaan China hatta kerajaan China.

Pihak mereka turut memaklumkan sedia mengikut segala protokol yang ditetapkan kerajaan Amerika Syarikat selepas disenarai-hitam berikutan alasan yang tidak munasabah.

Setakat ini, dilaporkan saham Xiaomi jatuh mendadak berikutan isu yang berlaku. Pihak mereka juga sedang dalam usaha untuk mengemukakan tuntutan bagi membincangkan isu senarai-hitam yang dibuat Amerika Syarikat.

Sebelum ini Xiaomi pernah memaklumkan pihak mereka sememangnya merancang untuk tidak menyertakan pengecas bersama telefon pintar sejak dari 2015 lagi.

Tidak Berniat Tiru Apple, Xiaomi Rancang Buang Pengecas Sejak Dari 2015 Lagi

Xiaomi Perkenalkan ‘Charger’ 20W Khas Buat Pengguna iPhone 12 Serendah RM24

Anda Mungkin Suka