Seperti yang ramai sedia maklum, peperangan antara Rusia dan Ukraine yang berlaku beberapa minggu lalu bukan sahaja mengorbankan ribuan nyawa serta memusnahkan beberapa lokasi Ukraine, malah turut memberi impak besar kepada negara Rusia.

Serangan yang dilancarkan telah membuatkan sejumlah besar negara di Eropah dan Amerika Syarikat memilih untuk menjalankan boikot serta sekatan ekonomi terhadap Rusia. Meskipun sekatan dibuat sebagai tanda solidariti terhadap Ukraine, kesan daripada sekatan tersebut jelas memberi masalah besar buat rakyat Rusia.

Terbaharu, Rusia dilaporkan sedang mengancam untuk meninggalkan angkasawan Amerika Syarikat yang masih berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) serta turut memberi amaran ia akan hancur sekiranya tiada tindakan yang diambil.

Ketua Agensi Angkasa Rusia, Dmitry Rogozin

Menurut Ketua Agensi Angkasa Rusia, Dmitry Rogozin, pihaknya mungkin akan meninggalkan angkasawan dari Amerika Syarikat iaitu Mark Vande Hei yang kini berada di ISS. Dilaporkan beradasarkan perancangan asal, Mark Vande Hei dijangka kembali ke bumi menaiki kapal angkasa Rusia sekitar tiga minggu lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan Dmitry Rogozin jelas merisaukan orang ramai dalam memikirkan soal keselamatan angkasawan berkenaan. Rogozin turut memaklumkan bahawa bantuan Rusia sememangnya diperlukan dalam memindahkan ISS daripada terlanggar dengan sampah angkasa yang akan menyebabkan stesen tersebut jatuh dan hancur di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, mantan angkasawan Amerika Syarikat, Scott Kelly memaklumkan kurang yakin dengan ‘ugutan’ yang dibuat oleh pihak Rusia. Hal ini kerana stesen ISS berkenaan turut boleh dikawal oleh pihak Amerika Syarikat dan bukannya pihak Rusia sahaja.

Tular pada minggu ini apabila ‘Kak Long’ yang tular mengenai kes di 7-Eleven dipilih oleh sesetengah pihak untuk melakukan promosi produk sekaligus mengundang persoalan netizen.

Netizen Pelik Mengapa Ada Pihak Sanggup Ambil ‘Kak Long’ Untuk Buat Promosi Produk

Tergamak Pukul Kucing Dengan Kejam, Tindakan Wanita Ini Undang Kemarahan Netizen

Sumber