Sekiranya anda mengikuti perkembangan harga bitcoin, pasti anda cukup tahu bahawa matawang kripto ini telah melalui paras harga tertinggi akhir-akhir ini sekaligus membuatkan para pelabur yang teruja.

Di sebalik kegembiraan para pelabur menuai hasil, kisah yang menimpa pelabur bernama Stefan Thomas ini pastinya menjadi pengajaran buat mereka yang mahu melabur dalam kriptowang selepas dimaklumkan beliau baru sahaja disahkan rugi hampir $220 juta (RM889.5 juta).

1_5gC9YwWj7FmdRg0iniPHEQ
Sumber: Medium

Difahamkan semuanya bermula apabila Stefan Thomas berjaya menjadi pelabur terawal bitcoin dengan menerima hampir 7,000 BTC selepas berjaya menghasilkan sebuah video menerangkan mengenai kriptowang kepada umum.

Melihatkan nilai bitcoin yang mencecah harga yang tinggi baru-baru ini, beliau dimaklumkan memilih untuk melihat jumlah aset digital yang dimiliki beliau namun segalanya berubah selepas beliau gagal mengakses akaun beliau setelah lapan kali percubaan.

im-265384
Sumber: Marketwatch

Untuk pengetahuan, setiap akaun bakal dibekalkan dengan password yang panjang untuk mengakses sekaligus membuatkan sistem ini telus dan bebas daripada pengetahuan pihak ketiga.

Berbekalkan dua kali percubaan, beliau turut mencubanya namun semuanya gagal. Beliau turut memaklumkan kepada media di mana beliau terlupa password yang ditulisnya pada sebuah kertas sekitar setahun yang lalu.

Lebih perit, beliau tidak mempunyai altenatif lain untuk mendapatkan semula akaun yang memiliki wang hampir RM1 bilion itu.

Baca juga pengalaman lelaki ini yang diculik dan dipukul separuh mati oleh temannya gara-gara bitcoin.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Ngeri Diculik Dan Dipukul Separuh Mati Oleh Temannya Sendiri Gara-Gara Bitcoin

Terpengaruh Dengan ‘Scam’ Bitcoin, Lelaki Ini Terpaksa Menanggung Rugi Sebanyak RM1.3 Juta