Buat anda yang mengikuti siri animasi Upin & Ipin pasti anda akan mengenali watak kanak-kanak bernama Fizi yang merupakan rakan sepermainan pasangan kembar itu.

Walaupun merupakan salah seorang sahabat karib kepada Upin dan Ipin, namun Fizi sejak beberapa hari lalu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton.

fizi

Ia berpunca daripada salah satu babak daripada musim 14, Syahdu Syawal yang dimuatkan dalam Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin kali ini.

Dalam babak tersebut, Fizi dilihat menyinggung perasaan pasangan kembar tersebut dengan memberitahu tiada syurga buat mereka yang tidak mempunyai ibu.

Ia susulan daripada kenyataan terdahulu Mail yang berceritakan bagaimana syurga seseorang anak itu berada di bawah telapak kaki ibu.

Perkara itu sudah semestinya membuatkan pasangan kembar tersebut sedih kerana seperti kita sedia maklum mereka adalah merupakan anak yatim piatu yang tinggal bersama Opah dan juga Kak Ros.

Malah ianya juga tidak diambil dengan mudah oleh netizen yang rata-ratanya menyifatkan Fizi tidak sepatutnya berkata demikian bagi menjaga perasaan pasangan kembar tersebut.

photo_2020-05-27_11-30-01

Sejak semalam, Instagram rasmi Les Copaque mula ‘diserang’ penonton terutamanya daripada Indonesia yang mahukan penjelasan daripada Fizi mengenai perkara tersebut.

Manakala di Malaysia pula, nama Fizi kini trending di laman Twitter dengan lebih seratus ribu ciapan yang membicarakan mengenai tindakannya menyinggung perasan si kembar tersebut.

https://twitter.com/awmork/status/1265091884248006657?s=20

Menyedari kata-kata Fizi itu membuatkan ramai yang tidak berpuas hati dengan beliau, laman rasmi Instagram Upin & Ipin pada semalam akhirnya memuat naik permohonan maaf di akaun mereka.

“Gara-gara video ini, Fizi kini dibenci.

“Maafkanlah Fizi ,” tulis mereka.

Buat anda yang teringin menonton episod penuh kejadian tersebut, anda boleh melihat kembali di video Kompilasi Episod Raya Upin & Ipin yang dimuat naik Les Copaque di YouTube ini di bawah.

Untuk menonton episod yang mencetuskan ‘serangan’ daripada netizen baru-baru ini pula anda boleh terus ke minit 39 bagi menonton musim 14- Syahdu Syawal.

Jangan lupa juga untuk menonton animasi pendek Antara Dua Jendela daripada Petronas yang tampil berbeza untuk sambutan hari raya kali ini di pautan di bawah. 

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik

Raih Lebih 200K Tontonan, Irama Dendang Perantau Versi Biola Jadi Pilihan Netizen Raya Kali Ini

Tonton Iklan Raya TNB ‘Norma Baru’ Dihasilkan Lelaki Ini Hanya Dengan Menggunakan Video Lama