Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kita sering saja diingatkan agar mengunci pintu dan mematikan enjin ketika berada di stesen minyak. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah kerana keselamatan diri dan juga persekitaran ketika berada di sana.

Bagaimanapun, ada ketikanya antara kita yang mungkin terlupa untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan seperti yang berlaku dalam kejadian tular di Mentakab awal minggu ini.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di sana, seroang wanita terpaksa berdepan detik cemas apabila kereta beliau yang sedang diisi minyak dilarikan lelaki tidak dikenali.

lelaki

Lelaki dalam bulatan tersebut sebelum itu berlegar selama beberapa saat sebelum memasuki dan melarikan kereta berwarna kuning itu di hadapan pemandunya.

Menyedari ada individu yang tidak dikenali memasuki keretanya dan melarikan kereta miliiknya, wanita terbabit kemudian bergantung kepada pintu kereta tersebut sebelum diseret sejauh beberapa meter oleh lelaki tersebut.

Anda boleh melihat kembali kejadian yang dilaporkan berlaku semalam seperti dikongsikan netizen di pautan di bawah.

Kejadian itu bagaimanapun dilaporkan telah berjaya diselesaikan beberapa jam kemudian dengan kereta tersebut telah dijumpai dan suspek utama juga telah berjaya ditahan pada Isnin lalu seperti dilaporkan Harian Metro.

Baca juga kisah peragut yang ditendang sejurus selepas melakukan perbuatan terkutuk itu di Johor Bahru yang berjaya dirakam kamera sebelum ini. 

Netizen Puas Hati Lihat Aksi Spontan Pegawai PBT ‘Flying Kick’ Peragut

Kemalangan Paling Mahal Melibatkan McLaren 720s Yang Berharga RM1.49 Juta Di Lebuh Raya MEX

Sikap Gila ‘Sticker’ Pemandu Bas Menjadi Punca Berlakunya Kemalangan?

Anda Mungkin Suka