Setiap kali Apple lancarkan iPhone baharu, pasti ada sahaja komen-komen daripada netizen mengenai ‘inovasi’ yang ditawarkan. Bermula dengan headphone jack, penyertaan takuk sehinggalah yang terbaru iaitu ketiadaan palam pengecas.

Terbaharu, tidak hanya menerima komen daripada netizen, jenama Apple turut diperli oleh jenama telefon pintar yang lain seperti Samsung dan Xiaomi. Meskipun sekadar ‘iklan’, troll yang dikongsikan jelas dituju terhadap jenama Apple.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

EkVicTWU8AEMZxb

Difahamkan ‘usaha’ Apple untuk tidak lagi menawarkan palam pengecasan bersama model keluaran iPhone 12 adalah sebagai salah satu cara Apple selamat bumi dengan mengurangkan penggunaan karbon. Apple juga menerusi pelancaran iPhone turut mengajak jenama lain untuk sama-sama selamatkan bumi.

Sama-sama kita nantikan adakah ‘seruan’ Apple untuk jenama-jenama lain selamatkan bumi serta mengelakkan pembaziran karbon disahut atau sebaliknya.

Sebelum ini Samsung pernah memerli Apple yang tidak menyertakan headphone jack namun memihak untuk memadamnya selepas jenama dari Korea Selatan ini melakukan perkara yang sama.

Samsung Padam Iklan Sendiri Yang Memerli Apple Membuang ‘Headphone Jack’

Belum Cukup Puas Hati, Samsung Keluarkan Lebih Lagi Iklan ‘Troll’ Apple

Anda Mungkin Suka