Sejak mulai pandemik menyerang dunia, orang ramai sudah mulai mengharapkan kehadiran vaksin dapat meredakan isu yang berlaku. Hampir setahun menanti, vaksin telah berjaya dihasilkan dan ditawarkan kepada pelbagai negara.

Di sebalik pelbagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, dunia nampaknya turut berdepan dengan golongan antivak di mana golongan ini menolak untuk mendapatkan vaksin.

Meskipun menolak vaksin merupakan hak peribadi, tindakan kerajaan yang menawarkan pelbagai kelonggaran buat individu yang sudah menerima vaksin nyata membuatkan individu daripada golongan antivaksin ini sanggup menipu dalam mendapatkan sijil vaksin kenalan mereka.

Situasi ini nampaknya hampir berlaku kepada seorang penggun Facebook Zura Kadershah di mana beliau telah berkongsi screenshot perbualan beliau bersama rakan beliau yang tidak mahu mendapatkan vaksin.

239177866_1725008241220425_3199423568784728521_n

Sumber: facebook zura kadershah

238635466_1725008294553753_7844802073783226570_n
Sumber: facebook zura kadershah

Perbualan beliau yang dikenali sebagai Zura bersama rakannya pada awalnya sekadar bertanya khabar. Walau bagaimanapun, situasi menjadi lebih serius apabila rakannya mendesak Zura untuk berkongsi sijil vaksin untuk digunakan beliau yang tidak mendapatkan vaksin bagi memudahkan beliau makan dan bersiar-siar membeli barangan.

Tindakan Zura untuk menolak pemberian sijil vaksin kerana ia merupakan suatu kesalahan nyata membuatkan rakannya berang sekaligus memilih untuk memaki dan menghina beliau.

239606775_1725008351220414_2394700840917688019_n
Sumber: facebook zura kadershah
239297211_1725008407887075_8155407222500158477_n
Sumber: facebook zura kadershah
239318596_1725008464553736_5381883736452612128_n
Sumber: facebook zura kadershah

Di akhir perbualan, individu tersebut yang pada awalnya mengatakan ramai rakan-rakannya tidak mahu berkongsi sijil vaksin turut memaklumkan beliau mempunyai kenalan yang ramai sekaligus mudah untuk beliau dapat sijil vaksin kelak.

Insiden yang berlaku kepada Zura ini nyata mendapat perhatian daripada netizen sekaligus membuatkan para netizen meluahkan rasa berang kepada individu berkenaan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Screen Shot 2021-08-21 at 10.01.47 AM

Screen Shot 2021-08-21 at 10.02.00 AM

Screen Shot 2021-08-21 at 10.02.10 AM

Perkongsian yang dibuat secara tidak langsung memberi peringatan kepada orang ramai yang sudah mendapatkan suntikan vaksin untuk tidak berkongsi sijil vaksin khususnya buat mereka yang belum mendapatkan vaksin. Hal ini dibuat bagi mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di kawasan setempat.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini berjaya mencuri tumpuan netizen apabila berjaya berturut dalam tiga bahasa iaitu Hindi, Nepal dan Burma bersama warga asing sewaktu bertugas di PPV.

Mahir Bertutur 3 Bahasa, Kemahiran Wanita Ini Ketika Bertugas Di PPV Raih Perhatian Netizen

‘Sudah Dihujung, Malu Tolak Tepi’- Pemuda Nekad Berlari Tumpang Tandas Di SJR Curi Perhatian Netizen