Lebih setahun pandemik COVID-19 menyerang Malaysia, pastinya orang ramai cukup faham dengan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung penularan wabak merbahaya ini.

Terbaharu, tular sebuah kes yang dikatakan berlaku di sebuah kondominum di Ampang, Selangor dimana pihak pengurusan telah mengkompaun terhadap seorang kanak-kanak berusia satu tahun di dalam lif gara-gara tidak memakai pelitup muka.

153823579_10161902973109572_6164783693127709977_n
Sumber: Facebook Ayu Mitsugi

Lebih menghairankan orang ramai serta para netizen, kompaun yang dikenakan bukanlah RM1,000 seperti mana yang termaktub dalam undang-undang, sebaliknya pihak pengurusan ini mengenakan kompaun RM100 kepada individu yang sepatutnya tidak perlu perlu memakai pelitup muka.

Seperti yang orang ramai sedia maklum, pihak KKM sebelum ini telah memaklumkan di mana kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka. Keputusan yang dibuat pihak pengurusan nyata berbeza dengan hebahan yang dibuat oleh pihak KKM.

152888762_2894429790821796_5915519818934769323_n

Menerusi isu yang berlaku, penjaga mangsa turut memuat naik mesej beliau bersama pihak pengurusan kondominium, walau bagaimanapun jawapan yang diberikan pihak pengurusan dilihat berbeza dengan keputusan yang dibuat pihak KKM.

153536247_10158933351625575_1579071927700814288_n
Sumber: Facebook Ayu Mitsugi
153520023_10158933351610575_3275651709472020767_n
Sumber: Facebook Ayu Mitsugi

Rata-rata netizen nampaknya turut tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat pihak pengurusan kondominum berkenaan yang memilih untuk menjalankan kompaun sebanyak RM100 kepada kanak-kanak berusia RM100. Berikut antara komen daripada netizen mengenai isu yang sedang berlaku.

Screen Shot 2021-02-25 at 10.29.59 AM

Screen Shot 2021-02-25 at 10.29.49 AM

Pada pendapat anda, wajarkah kanak-kanak berusia satu tahun dikenakan kompaun berikutan COVID-19 tidak mengenal umur atau sebaliknya. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen Facebok VOCKET.

Tular baru-baru ini apabila terdapat beberapa pasangan influencer sanggup merentas negeri dan melanggar SOP demi menghadiri kenduri kahwin sahabat mereka.

Rentas Negeri Demi Hadir ‘Wedding’ Sahabat Dan Langgar SOP, Influencer Ini Dicari Pihak Polis

Penyampai Radio Dihujani Kecaman Selepas Video TikTok Ketawakan Guru Tular