Istilah metaverse berjaya menarik minat global selepas dipopularkan oleh Mark Zuckerberg pada tahun lalu. Malah, beliau juga telah mengubah nama syarikatnya ke Meta untuk memperlihatkan betapa seriusnya dalam mereliasasikan idea dunia maya tersendiri.

Dengan itu, syarikat Meta sudah melancarkan sebuah rangkaian sosial bernama Horizon World. Namun, beberapa hari lalu dilaporkan platform tersebut sedang mengalami masalah kualiti yang kritikal. Bukan itu sahaja, kakitangan Meta sendiri masih belum menyesuaikan diri dengan platform ciptaannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Meta

Perkara ini terbukti selepas New York Times melaporkan bahawa kakitangan Meta menjadi kelam kabut apabila diarahkan Zuckerberg untuk mengadakan mesyuarat secara maya menerusi aplikasi Horizon Workrooms.

Perkara ini sangat mengejutkan buat para kakitangan sekaligus menjadi kalut kerana membeli dan mendaftar sebelum orang atasan mengetahui. Boleh dikatakan majoriti kakitangan masih tidak mempunyai headset VR atau pun meneroka dengan lebih mendalam agar boleh menyertai dunia Horizon.

Sumber Gambar: YouTube

Menurut memo dalaman, Naib Presiden Metaverse, Vishal Shah menyedari ramai dalam kalangan kakitangan mereka sendiri tidak cukup mendalami aplikasi Horizon World. Malah, tinjauan yang dibuat juga mendapati hanya 58% daripada 1,000 pekerja benar-benar memahami strategi berkenaan metaverse.

Untuk makluman, Meta juga ada memasarkan headset VR mereka sendiri iaitu Meta Quest 2 pada harga $399 (~RM1860) dengan menaikkan $100 (~RM467.30) daripada harga asalnya. Meta telah mengambil alih syarikat VR kemudian divisyen itu dimasukkan secara langsung di bawah meta.