Seramai 54 penduduk yang tidak mematuhi protokol kesihatan dihukum berdoa dan merenung di kubur pesakit COVID-19 di Tanah Perkuburan Praloyo di kawasan Jalan Lingkar Timur di Sidoarjo-Jawa Timur, Jakarta.

Individu yang didapati bersalah melanggar protokol kesihatan telah diminta untuk duduk di hadapan kubur sambil membacakan doa dan bertafakur dari jam 11.30 malam sehingga 12.15 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Sidoarjo, Kombes Pol Sumardji, menekankan bahawa hukuman merenung dan berdoa di kawasan pengkebumian mangsa COVID-19 sengaja dilakukan agar orang ramai mengetahui pentingnya memakai pelitup muka di tengah-tengah situasi wabak.

“Hukuman ini sengaja diberikan kepada mereka bagi memastikan masyarakat sedar mengenai kepentingan pemakaian pelitup muka,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

“Kami juga akan terus menilai apakah cara ini efektif atau tidak kerana kami tidak akan pernah bosan berusaha untuk mendisiplinkan masyarakat,” tambah Sumardji.

Manakala di Jakarta Timur pula, pihak berkuasa tempatan telah menahan puluhan pelanggar protokol kesihatan dan  mereka telah dihukum membersihkan pasar serta membayar denda.

15 orang telah dihukum untuk membersihkan pasar manakala selebihnya pula didenda sebanyak Rp. 100 ribu bersamaan dengan RM30.00. Untuk rekod, Indonesia telah mencatat lebih 100,000 kes COVID-19 dengan 8,025 kematian direkodkan.

Terdahulu, kerajaan telah mengambil langkah keselamatan dengan menyekat warganegara India, Indonesia dan Filipina daripada memasuki Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Halang Kemasukan Warganegara India, Indonesia Dan Filipina

Dakwa Ada Kelebihan Elak Peluru, Pesilat Wanita Indonesia Ini ‘Kantoi’ Tipu Penonton

Batik Indonesia Lebih Popular Daripada Batik Malaysia, Siapa Yang Bersalah ‘Membunuh’ Industri Batik?

Sumber