Sudah menjadi kebiasaan di sekolah rendah mahupun menengah di mana wujudnya budaya ‘senior’ di mana golongan muda perlu menunjukkan hormat yang tinggi kepada para pelajar yang lebih berumur.

Meskipun tujuan budaya tersebut pada awalnya dilakukan dalam memupuk rasa hormat, siapa sangka budaya tersebut masih diteruskan oleh segelintir individu dengan cara yang ‘ekstrem’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, tular sebuah video di masjid di mana situasi tersebut dilaporkan berlaku selepas solat Asar secara berjamaah di mana seorang lelaki telah ditampar oleh seorang pesara tentera TLDM hanya kerana tidak memalingkan muka sewaktu salam.

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1549367946820337664

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian yang dibuat mangsa berusia 30-an.

Kedua-dua pihak sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

“Mangsa dalam kes ini kemudiannya tidak mahu meneruskan siasatan dan sudah menarik semula laporan polis yang dibuat. Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” kata Asisten Komisioner Nor Omar.

Insiden yang berlaku nyata membuatkan para netizen berang melihatkan tindakan seorang lelaki tua yang sanggup melakukan kekesaran gara-gara lebih senior. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Sumber: harian metro

Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja bakal memberi tangapan buruk kepada sesebuah karier malah bakal mampu menimbulkan rasa tidak puas hati antara dua pihak.

Tular pada minggu ini apabila Shaukat selaku ahli gusti profesional berjaya mendapat penghargaan dan ‘amaran’ daripada Undertaker selepas berjaya muncul sebagai penggusti terbaik Asia Tenggara.

Berjaya Jadi Penggusti Terbaik Asia Tenggara, Undertaker Tampil Beri ‘Warning’ Kepada Shaukat

‘Jatuh Pun Sopan’ – Netizen Terhibur Dengan Telatah Wanita Ini Yang Tergelincir Membawa Makanan