Pagi tadi kita dikejutkan dengan berita tindakan penyampai radio tempatan yang memperlekehkan dan ketawa usaha guru mengajar dalam bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dalam program DidikTV.

Reaksi berlebihan penyampai radio tersebut mendapat kecaman netizen kerana tidak wajar usaha guru tersebut cuba mengajar di kaca TV dengan menggunakan bahasa Inggeris dijadikan bahan jenaka walaupun percakapan guru itu tidak begitu fasih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/amer_aljeffrey/status/1362578016639979521

Mendapat kecaman ramai, penyampai radio tersebut tampil memohon maaf akan video yang dimuat naik olehnya. Menurutnya, tindakan beliau itu tidak wajar dan tidak sepatutnya beliau melakukan hal tersebut.

Difahamkan, pihak radio HITZ dalam satu kenyataan mengatakan pihaknya mengambil serius perkara yang berlaku ini. Malah, penyampai radio tersebut telah digantung kerja sementara dan siasatan dalaman akan dijalankan oleh pihak HITZ.

Buat anda yang sudah menonton video tersebut, apakah pendapat anda akan akan isu ini? Sudah pasti untuk muncul di kaca TV untuk mengajar juga merupakan satu cabaran yang besar buat para guru.

Sementara itu, jika anda terlepas apa yang berlaku tadi, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Penyampai Radio Dihujani Kecaman Selepas Video TikTok Ketawakan Guru Tular

Pendekatan Silibus Pelajaran Lebih Menarik, Pelajar ‘Enjoy’ Konsep DidikTV