Berpunca daripada wabak Coronavirus yang merebak di Wuhan, China, empat filem terbaru yang dihasilkan di negara itu terpaksa ditangguhkan tayangannya di Malaysia.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh TGV Cinemas dan MBO Cinemas pada semalam di laman Facebook mereka.

pexels-aldo-picaso-1138171
HYPE
Rambut Gugur Dan Tidak Sihat, Ini 5 Punca Wanita Berhijab Sering Berdepan Masalah Rambut
Baca lagi →

Empat filem tersebut adalah Vanguard, Detective Chinatown 3, The Rescuedan Jiang Zi Ya: Legend of Deification.

FB_IMG_1579789850280

Melalui semakan yang dibuat pihak kami, pengguna aplikasi mudah alih tiket atas talian TGV turut dimaklumkan melalui satu notis pop up yang memberitahu penundaan tersebut.

20200123_223739

“Berikutan penularan wabak Coronavirus di China, beberapa studio dari negara itu menangguhkan tayangan di seluruh dunia,” kata notis tersebut.

Notis penangguhan tayangan disebabkan penularan wabak itu juga turut dikeluarkan MBO Cinemas di Facebook mereka.

FB_IMG_1579790652854

Semakan lanjut yang dibuat pihak kami di laman facebook Golden Screen Cinemas juga mendapati empat tajuk filem tersebut tidak dapat ditayangkan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

THIS JUST IN: #Vanguard, #DetectiveChinatown3, #TheRescue and #JiangZiYa are postponed until further notice. For…

Posted by GSCinemas on Thursday, 23 January 2020

Bagaimanapun notis yang dikeluarkan pihak GSC tidak memberitahu sebab penundaan tayangan tersebut.

Pelanggan yang sudah membeli tiket untuk kesemua filem tersebut bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana kedua-kedua syarikat tersebut akan membayar balik wang tiket tersebut dalam masa 14 hari.

Penangguhan tayangan filem-filem tersebut sudah pastinya sedikit mengganggu kemeriahan mereka yang telah pun merancang untuk menonton wayang sempena Tahun Baru Cina ini.

Tahukah anda wabak Coronavirus yang berasal dari Wuhan ini dikatakan berpunca daripada daging binatang yang dijual di pasar eksotik di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

Rakyat Australia Terkejut Daging Koala Antara Yang Dijual Di Pasar Basah China

 

 

 

Anda Mungkin Suka