Sebut mengenai roti yang berada di pasaran, kami yakin ramai yang memilih roti keluaran Gardenia sebagai pilihan. Rotinya yang lembut serta hadir dengan pelbagai variasi membuatkan jenama ini menjadi pilihan ini sejak berdekad lamanya.

Terbaharu, Gardenia Bakeries Sdn Bhd kini mengesahkan mulai 1 Disember ini, sebahagian produk keluaran mereka akan dinaikkan harga bermula RM0.05 sen sehingga RM0.20 sen. Antara produk yang mengalami peningkatan harga adalah seperti yang tertera gambar di bawah.

127580283_10161594712579572_5632823342136150900_n
Sumber: Gardenia Malaysia

Difahamkan kenaikan harga bagi seleksi produk ini didorong oleh kenaikan harga bahan mentah seperti serbuk koko, susu serta bahagian pembungkusan.

Sebelum ini, Gardenia pernah memaklumkan peningkatan permintaan bekalan roti Gardenia sejak Mac 2020 lalu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Pihak Gardenia turut memberi jaminan bahawa pihak mereka bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan pengguna di seluruh Malaysia.

Ketahui juga resipi mudah lasagna guna roti Gardenia buat penggemar makanan western.

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’

Stok Roti ‘Sold Out’ Di Semua Kedai, Gardenia Akui Tidak Dapat Tambah Bekalan Di Pasaran