Jenama yang mula menempa nama melalui model GPS nampaknya semakin aktif di dalam arena jam tangan pintar. Melalui pelancaran terbaru Garmin, jenama ini telah melancarkan Garmin Instinct. Sebuah jam tangan pintar yang tahan lasak sesuai untuk kegunaan aktiviti luar.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan monokrom yang menawarkan ciri anti-glare yang mana tidak akan kabur meskipun pada cahaya terang. Model ini turut menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 hari manakala sekiranya diaktifkan GPS mampu bertahan shingga 16 jam.

garmin-instinct

garmin-instinct-pile-700×467

Mengulas dari segi ketahanan, Garmin telah memilih material tahan lasak gred tentera dimana para pengguna tidak lagi perlu risau soal ketahannya. Selain itu, Garmin Instinct turut boleh dibawa untuk selam sehingga 100m. Ciri-ciri lain seperti pengimbas nadi, kompas dan NFC antara yang tersedia.

Garmin Instinct hadir dengan tiga warna menarik iaitu graphite, flame red dan tundra serta bakal mula ditawarkan pada harga sekitar $299 (RM1,246). Sekiranya anda mahukan sebuah jam tangan pintar yang mampu mengukur tahap kesihat anda, GPS dan tahan lasak, ini mungkin model yang anda tercari-cari selama ini.

Sumber