Sekiranya anda aktif bersukan, pastinya jama tangan pintar dengan ciri sukan seperti Garmin antara yang menjadi pilihan. Dilengkapi dengan pelbagai mod serta catatan keadaan badan antara yang membuatkan model-model ini dibeli peminat meskipun ditawarkan pada harga yang tinggi.

Terbaharu, Garmin Malaysia tampil dengan promosi baharu bagi membolehkan para peminat mendapatkan model terbaru daripada siri Fenix 6 melalui program tukar beli jam tangan siri Fenix 3 dan Fenix 5 daripada pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

150738009_4191326647566468_4058994433262991216_o

Program yang berakhir sehingga 31 Mac 2021 ini bakal membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai model daripada siri Fenix 6 terdiri daripada Fenix 6s Sapphire sehinggalah Fenix 6x Pro Solar.

Menerusi program tukar ganti yang dibuat, para pengguna berpeluang mendapatkan Garmin siri Fenix 6 dengan pembezaan sehingga RM300 dan RM610 masing-masing daripada siri Fenix 3 dan Fenix 5.

Buat anda yang berminat, anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai pengedar rasmi Garmin di Malaysia dengan klik di sini.

Kecoh pada tahun lalu apabila pihak Garmin disahkan telah digodam pihak luar serta diugut untuk membayar sebanyak RM42.52 juta.

Garmin Sahkan Digodam Pihak Luar Serta Diugut Dengan Bayaran RM42.52 Juta

Garmin Instinct Perkenalkan Jam Pintar Tahan Lasak Dengan Sokongan GPS