Sebut mengenai Garmin pasti ramai antara yang anda yang cukup kenal dengan jenama ini. Berjaya menawarkan seleksi jam tangan pintar serta produk berasaskan kecergasan antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan ramai.

Di sebalik kekuatan jenamanya serta memiliki jumlah pengguna yang ramai, Garmin nampaknya tidak terlepas daripada diserang pihak penggodam. Isu yang disangka hanya berlaku dalam tempoh yang singkat nampaknya telah berlarutan sehingga dua hari sekaligus memberi masalah buat pengguna jam tangan pintar Garmin untuk memuat naik data aktiviti sukan mereka.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

RLJwaHdEmoUhJTh7ayV4Qo

Melalui aktiviti godam yang dijalankan, bukan sahaja para pengguna yang terlibat malah sistem dalam syarikat juga turut bermasalah membuatkan Garmin terpaksa mengambil langkah untuk menutup sejumlah komputer syarikat mereka dan juga komputer para pekerja yang bekerja dari rumah untuk mengelakkan daripada aktiviti godam terus menular.

Bukan itu sahaja, kilang Garmin yang bertempat di Taiwan juga telah dilaporkan tutup sejak kelmarin bagi mengelakkan aktiviti godam pihak tidak dikenali terus tersebar.

garmin_1200xx2592-1458-0-0

Sumber: the business journals

Lebih parah, pihak Garmin juga melalui sebuah mesej yang diterima telah diarahkan untuk membayar sebanyak $10 juta (RM45.52 juta) bagi memastikan sistem mereka dapat beroperasi semula seperti sedia kala.

Setakat ini Garmin masih mencari solusi terbaik bagi menangani isu yang berlaku ini sekaligus berharap para pengguna Garmin dapat bersabar dalam menantikan sistem mereka dapat kembali beroperasi semula dengan baik.

Ketahui juga 9 perkara penting yang perlu pertimbangkan sebelum dapatkan fitness tracker yang bersesuaian buat anda.

9 Perkara Ini Penting Dipertimbangkan Sebelum Anda Beli ‘Fitness Tracker’

Xiaomi Mi Smart Band 5 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM169

Anda Mungkin Suka