Cryptocurrency atau mata wang digital bukanlah satu perkara yang baru dalam pasaran global termasuk di pasaran Malaysia. Baru-baru ini pengasas bersama Uber, Garrett Camp telah mengumumkan pelancaran mata wang crypto keluaran beliau sendiri yang dikenali sebangai ‘Eco’.

Transaksi ‘Eco’ akan dikendalikan oleh rangkaian universiti dan organisasi yang dipercayai di peringkat global. Kumpulan rangkaian tersebut akan membantu dalam membina dan mengendalikan infrastruktur kewangan ‘Eco’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beliau merancang untuk mengedarkan sejumlah 1 trilion token yang akan dibahagikan kepada beberapa pihak iaitu 30% kepada rakan kongsi, 20% kepada organisasi yang terlibat, 10% buat Eco Foundation dan selebihnya akan diberikan percuma kepada 1 Billion pertama yang mendaftar sebagai ahli.

https://twitter.com/eco/status/969388996345278464

Suntikan dana yang diperolehi oleh beliau adalah melalui sumbangan daripada rakan kongsinya di salah sebuah syarikat miliknya, Expa sebanyak $10 juta USD untuk menyokong perkembangan mata wang ini dalam jangka masa pendek.

Pendaftaran sebagai ahli boleh dibuat di laman web ‘Eco‘. Setiap pendaftaran turut membolehkan anda mendapatkan matawang digital ini secara percuma.