Boleh dikatakan sukan bola sepak memiliki peminatnya tersendiri dan sukan tersebut merupakan antara sukan paling popular di seluruh dunia. Malah, kebiasaannya sukan bola sepak didominasi oleh kaum lelaki tetapi tidak kurang juga peminat daripada kaum wanita.

Adakah anda masih ingat akan Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi yang pernah viral di media sosial tempatan dan antarabangsa? Beliau menjadi buah mulut netizen kerana kemahiran beliau bermain timbangan bola sepak ‘freestyle’ yang awesome.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Baru-baru ini, beliau telah berkongsi video terbaharu beliau menunjukkan kemahiran beliau menimbang bola. Video tersebut mendapat perhatian netizen di media sosial. Kebanyakan netizen memuji beliau dan merasakan teknik yang ditonjolkan beliau bagus sekali.

Untuk penegtahuan anda, beliau juga pernah berkongsi melalui Twitter sebuah video dimana beliau berjumpa dengan lagenda bola sepak Jerman, Karl-Heinz Riedle. Melalui perkongsian tersebut, kita dapat lihat betapa beliau sangat bersahaja menunjukkan kemahiran beliau.

Malah, beliau juga turut mengajar beberapa teknik untuk lakukan freestyle dan beliau juga dipuji oleh Karl-Heinz Riedle. Ini pastinya sesuatu yang membanggakan buat rakyat Malaysia kerana bakat luar biasa yang dimiliki oleh Qhouirunnisa’.

Semoga Qhouirunnisa’ akan terus maju jaya dalam bidang yang diceburi. Di bawah ini kami listkan beberapa kisah berkaitan kejayaan anak muda tempatan kita.

Permainan Video ‘Leftenan Adnan’ Rekaan Anak Tempatan Curi Perhatian Netizen

Anak Malaysia Ini Berjaya Memenangi Tempat Kedua Dalam Pertandingan Perdagangan Terbesar Dunia

Gambar ‘Mowgli Malaysia’ Terpilih Untuk Dipamerkan Di Rome, Itali

Anda Mungkin Suka