Gambar lama keluarga warna hitam putih apabila diperhatikan semula selalunya dirakam di kedai gambar. Semua ahli keluarga berpakaian cantik masuk ke studio yang siap diletakkan kerusi dan berdindingkan latar belakang bercorak atau bergambar seperti berada di taman atau rumah. Ia biasanya dilakukan oleh mereka yang berkemampuan.

Berbeza dengan hari ini, merakam detik bersama keluarga itu semudah A, B, C. Klik klik dengan kamera telefon pun sudah OK. Jarang keluarga dibawa ke studio kedai gambar untuk tujuan ambil gambar bersama seperti dulu. Jika ada pun, ia dilakukan oleh orang berkemampuan.

Memandangkan mengabadikan memori kini lebih mudah, apa kata anda cuba sesuatu yang baru menggunakan daya kreativiti anda ketika mengambil gambar. Pernah tak anda lihat anak muda mengambil gambar di tempat yang pernah dilawati oleh bapanya masa muda dulu? Gambar yang dirakam sama gaya dengan apa yang telah dirakam oleh bapanya dulu.

Gaya Gambar Lama Guna Figura Star Wars

Kali ini pula, saya mahu kongsikan dengan anda satu siri potrait keluarga dimana model figura Star Wars digayakan sama seperti mana gaya orang yang ada di dalam gambar lama. Projek ini telah dilakukan oleh Zahir, peminat fotografi. Zahir mahu melakukan siri seperti ini kerana dia percaya belum pernah lagi orang lakukan konsep sebegini.

1

2

3

4

Dia menyiapkannya dalam masa kurang dari 3 minggu sahaja dan ia agak lama bagi saya. Jadi, apabila saya tanya persoalan ini kepada Zahir, dia memberitahu bahawa dia perlu menyusun aksi figura itu dan menunggu idea. Perihal kawalan cahaya dan proses mengambil gambar itu pula tidaklah serumit mana.

Ini tip oleh Zahir jika anda mahu lakukan siri yang dia namakan ‘The Memories’ ini:

“Bagi yang berminat untuk melakukan fotografi permainan seperti ini, yang pertama kena ada minat, kemudian ada aksi-figura, props, kamera, sedikit ilmu mengolah foto melalui Adobe Photoshop dan yang paling penting adalah idea/konsep serta penceritaan.”

4a

5

6

7

8

Meskipun anda boleh merakam gaya gambar lama dengan kamera telefon pintar, sebaik-baiknya anda rakam guna kamera DSLR agar imej gambar lebih tajam dan tepat. Malah, boleh dijadikan stok gambar untuk dijual.