Bulan lalu, Tomaz ‘mengejutkan’ peminat jenama berkenaan dan para gamers apabila melancarkan produk gaming chair pada harga yang sangat mampu milik. Mereka buka jualan 100 unit pertama Blaze X pada harga RM299 dan 100 unit tersebut sold out dalam masa sehari sahaja.

Rupanya Tomaz tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka kini telah membuka tempahan untuk model lebih premium Blaze X iaitu Blaze X Pro. Tempahan pre-order telah dibuka di laman rasmi Tomaz Malaysia.

Apa perbezaan antara model Tomaz Blaze X dan Tomaz Blaze X Pro ini? Jawapannya banyak. Ini beberapa kelebihan Tomaz Blaze X Pro berbanding model sebelum ini.

1. Penggunaan material yang premium dan sangat selesa

blaze point 1

Kami menjadi antara orang pertama yang melihat dan mencuba model Blaze X Pro ini dan kami sangat puas hati dengan penggunaan material untuk model ini. Materialnya rasa dan nampak mewah, sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan Tomaz untuk model ini.

Bercakap tentang kualiti, buatan kerusi ini sangat kemas dan dan ia boleh dilihat pada jahitan serta sulaman yang terdapat pada kerusi ini. Sangat on point.

Tomaz menggunakan material Soft Cooling Touch 2.0 Microfiber untuk keselesaaan berpanjangan ketika anda menggunakan kerusi ini. Anda duduk lama mana pun, anda akan kekal selesa. Tambahan pula, saiz tempat kerusi ini juga lebih luas untuk memberi support yang lebih kepada bahagian punggung dan pinggang anda.

2. Rekaan kerusi VR Racing Seat

tomaz point2

Kerusi ini juga mengambil inspirasi daripada kerusi VR Racing seat dan apabila anda duduk di atasnya, seakan-akan anda berada di atas kerusi kereta lumba yang sebenar! Jika anda pernah duduk di kerusi bucket sebelum ini, begitulah rasa apabila anda duduk di atas kerusi ini. Rasa terletak dan secure.

Menambah keseronokan duduk di atas kerusi ini adalah fungsi armrest 2D. Permukaan armrest ini lebih luas dan boleh dilaras ketinggiannya, atau dan bawah atau ke kiri dan kanan; bergantung keselesaan anda ketika membuat kerja atau gaming.

3. Neck pillow & lumbar support

Tomaz 1

Ini antara fungsi hebat yang cuma ada pada gaming chair premium sahaja. Kehadiran neck pillow dan lumbar support ini akan mengurangkan stress di bahagian leher serta pinggang anda selepas lama duduk di atas kerusi.

Cushion di bahagian neck pillow turut diperbuat daripada Memory Foam, bermakna ia akan bertambah selesa lebih lama anda memakainya. Sekiranya anda tidak mahu neck pillow atau lumbar support ini, tiada masalah kerana terdapat klip di belakang dan anda hanya perlu tekan klip itu untuk mencabutnya. hanya plug & play sekiranya anda mahu pasangnya semula.

4. Boleh ‘tidurkan’ kerusi sehingga 165° dan footrest yang awesome

tomaz point4

Tahukah anda, anda boleh laras kerusi ini sehingga kedudukan 165 darjah tanpa perlu rasa takut anda terjatuh ke belakang? Ya anda boleh buat perkara itu di kerusi ini.

Anda boleh laras kerusi ini mengikut keselesaan anda dan sekiranya anda penat bekerja atau gaming, anda nak tidur di atas kerusi ini sebentar pun tiada masalah. Ditambah lagi dengan footrest terbina pada kerusi ini, kaki anda pun boleh ‘rehat’ dengan selesa.

5. Heavy duty metal base

tomaz metalbase

Biasanya untuk gaming chair yang ditawarkan pada harga bawah RM500, anda cuma akan dapat base plastik sahaja. Tetapi tidak bagi kerusi Blaze X Pro ini. Anda tidak perlu risau kerusi ini rosak atau pecah tapaknya kerana permukaan besi ini sangat berkualiti dan dapat memanjangkan jangka hayat kerusi ini.

Berbaloi atau tidak untuk memiliki model Tomaz Blaze X Pro Gaming Chair ini?

Sekiranya kerja anda seharian banyak menghadap computer, ini adalah kerusi yang paling berbaloi untuk dimiliki. Dengan segala fungsi yang ada pada harga hanya RM499, kami yakin kerusi ini akan jadi investment terbaik anda.

Tomaz Blaze X Pro Gaming Chair ini hadir dengan dua pilihan warna: Hitam dan Burgundy Red. Hanya 3,000 unit akan dihasilkan untuk setiap warna dan anda perlu buat tempahan secara pre-order sebelum 30 Jun ini untuk menikmati harga paling berbaloi, hanya RM499 (harga asal produk RM999).

Umtuk tempahan serta terma dan syarat, anda boleh terus ke laman rasmi Tomaz Malaysia di sini. Dan sekiranya anda seorang YouTuber atau live streamer, kerusi ini untuk anda kerana ia akan kelihatan sangat handsome apabila berada di dalam video anda. Percayalah.

Ini pula pautan untuk artikel kerusi Tomaz Blaze X yang viral bulan lalu. Klik pada pautan di bawah.

Tomaz Hasilkan Kerusi ‘Gaming’ Gaya Kingsman Pada Harga Hanya RM349

Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro Streamer’ Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan

Nenek Berusia 90 Tahun Ini Raih Rekod Dunia Guinness Sebagai ‘Streamer’ Tertua