Sebut sahaja nama Sofi Jikan, peminat setia filem tempatan pasti sangat kenal dengan individu ini. Tiap filem yang dilakonkannya, pasti akan bertambah ‘seri’ hasil lakonan berkesan beliau.

Paling diingati pastinya watak beliau dalam filem KL Gangster 2 sebagai Ajib. Tagline ‘Kasi Sengat’ beliau pasti akan diingati sampai bila-bila.

Sebenarnya sudah agak lama Sofi Jikan menyepi dalam dunia seni kerana kes mahkamah, namun comeback beliau ke dunia seni diterima oleh netizen.

Terbaru, Sofi Jikan telah menjadi hos untuk untuk segmen review makanan di Pak Mat Western, Pulau Pinang. Lebih menarik, video ini yang dikongsi di Facebook pada hari Sabtu yang lalu sudah menerima tontonan 4 juta dan 12,000 perkongsian.

Beliau membawa watak Ajib KL Gangster yang datang ke kedai Pak Mat Western dan mencuba menu special yang terdapat di sana. Rata-rata peminat memuji cara berbeza Sofi Jikan dalam membuat food review; berbeza dengan artis-artis lain yang turut pernah datang ke Pak Mat Western untuk mencuba makanan di sini.

Jikan Befunky
Antara komen netizen yang terhibur dengan cara penyampaian Sofi Jikan

Ternyata lakonan Sofi Jikan dalam filem KL Gangster 2 sangat berkesan sehingga peminat filem tanah air tidak lupa dengan watak Ajib yang dibawa Sofi dalam filem tersebut. Sofi sendiri barangkali terkejut dengan sambutan baik yang diterimanya untuk video ini.

Buat yang merindui lakonan Sofi Jikan, Jodoh Syaitan adalah filem seram komedi baharu lakonan Sofi yang akan ditayangkan di pawagam 5 Mac ini. Sama-sama ‘kasi sengat’ filem ini di pawagam.

Ini beberapa tempat makan lain yang best untuk dicuba di Pulau Pinang. Kalau dah sampai, jangan lupa terjah lokasi ini.

Vocket Makan: Bee Hwa Cafe Tempat Sarapan Terbaik Di Pulau Pinang?

Vocket Makan: Resipi Rahsia Pasembur Enak Di Hussain Pasembur King

7 Tempat Makan Yang Mesti Anda Cuba Di Pulau Pinang