Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap sukan memiliki trademark pakaian seragam tersendiri terutama bagi sukan gimnastik. Kebiasaannya, para atlet perlu memakai pakaian dengan corak yang cantik dan berseni sesuai dengan sukan tersebut.

Skuad gimnastik wa­nita Jerman memilih menggunakan seragam yang lebih ‘sopan’ untuk bersaing di Sukan Olimpik Tokyo. Difahamkan, tindakan atlet gimnastik Jerman tersebut dikatakan sebagai simbolik untuk memerangi gangguan seksual dalam sukan ber­kenaan.

Oleh itu, tradisi memakai pakaian unitard sejak tahun 1970-an diputuskan untuk ditamatkan oleh barisan alet Jerman iaitu Elisabeth Seitz, Kim Bui, Pauline Schafer dan Sarah Voss.

Sarah Voss yang telah berkongsi beberapa keping gambar di Instagram memaparkannya mereka berlatih dan memakai pakaian dengan seluar panjang berwarna merah jambu dan hitam terang yang menutupi sehingga ke pergelangan kakinya mencuri tumpuan ramai.

“Memakai pakaian sebegini mampu membantu gimnas untuk lebih selesa, baik dalam pertandingan mahupun semasa latihan. Untuk melakukan lompatan atau gerakan, ada kalanya pakaian biasa akan terselak.” kata Voss.

Menurut German Federation, keputusan untuk tidak memakai leotard seperti kebiasaannya adalah pilihan para gimnas sendiri. Tindakan gimnas Jerman itu mendapat pujian seluruh dunia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Olimpik Tokyo 2020 pada pautan di bawah ini.

Dari Pelarian Ke Olimpian, Ini Kisah Getir Yusra Mardini Berenang 3 Jam Di Lautan Demi Selamatkan Diri

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020

Formasi 1,824 Dron Buat Penonton Terpegun Ketika Majlis Pembukaan Olimpik 2020

Anda Mungkin Suka