Sebut tentang cinta, pastinya kita akan sentiasa memuji cinta hati kita, bukan? Mungkin inilah dinamakan cinta apabila kita sentiasa berasa bahagia dan bangga dengan pasangan kita.

Terbaharu, perkongsian video seorang pengguna Twitter @aisyaj telah mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, video itu menampilkan seorang pak cik yang menjual roti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh yang bangga dengan roti buatan isterinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, pak cik tersebut yang fasih berbahasa Inggeris mempromosikan jualan rotinya dan tidak putus-putus memuji hasil air tangan isterinya.

Difahamkan, pak cik ini menjual lebih daripada 22 jenis roti yang bukan sahaja gebu tetapi sedap. Berikutan perkongsian itu, rata-rata netizen berasa kagum dengan pak cik ini.

Bukan itu sahaja, para netizen yang pernah mencuba roti yang dijual pak cik ini juga memuji roti-roti buatan isterinya kerana tidak kedekut, gebu dan paling utama sedap.

https://twitter.com/nurulhazwanik/status/1308969092284645378

https://twitter.com/pyonned/status/1308973715401646080

https://twitter.com/Pollyanna353/status/1308993034000961539

Tengok roti sahaja sudah tahu sedap. Adakah anda pernah mencuba roti yang dijual pak cik ini? Selamat maju jaya diucapkan untuk perniagaan pak cik ini!

Sementara itu, kami ingin kongsikan kisah inspirasi yang mungkin akan memberikan inspirasi untuk anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Bermula Dengan Kedai Kopi Di Rumah, Pemuda Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Buka Kafe Sendiri

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

Ayah Masuk Lokap Dan Mak Ditahan Hospital Sakit Mental, Lelaki Ini Kongsi Kisah Bangkit Untuk Berjaya