Geely menambah lagi portofolio pemilik saham dalam syarikat pengeluar kereta antarabangsa lain apabila baru-baru ini Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding), kumpulan teknologi automotif milik persendirian terbesar China telah mengumumkan pihaknya telah memperoleh pegangan saham sebanyak 7.6% dalam jenama kereta mewah British, Aston Martin Global Holdings plc (Aston Martin).

Dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Geely Holding, Daniel Donghui Li yakin dengan rekod prestasi dan penawaran teknologi yang mantap, Geely Holding dapat meneroka peluang kerjasama dengan syarikat British itu dan menyumbang kepada kejayaan yang menguntungkan Aston Martin bagi jangka masa panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam pada itu Aston Martin juga menyatakan mereka telah menyelesaikan pengumpulan modal £654 juta (RM3.38 bilion) untuk mengukuhkan lagi kedudukan syarikat, lapor Bloomberg.

Pada masa ini, Geely Holding mempunyai pegangan saham beberapa jenama automotif antarabangsa seperti Volvo, Mercedes-Benz Group AG, Polestar, Lynk&Co, Zeekr, Lotus, LEVC dan Proton.

Li Shufu merupakan pengasas dan pengerusi Geely Holding, juga mastermind dalam mengukuhkan lagi jenama automotif China itu ke seluruh antarabangsa. Beliau berada di tangga ke-93 orang terkaya di dunia dengan mempunyai kekayaan bernilai USD16.2 bilion (RM75.32 bilion).

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Kenyataan rasmi pembelian Geely
Sumber Gambar: Geely
Sumber