Ketika ini, wabak pandemik COVID-19 masih belum berjaya dibendung sepenuhnya dan kes jangkitan masih membimbangkan. Malah, beberapa negeri di negara kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama.

Terbaharu, sebuah video perkongsian pengguna Twitter @Tok_Tek yang memaparkan beberapa orang lelaki sedang lepak depan rumah terburu-buru bersembunyi ke dalam rumah selepas ternampak kereta polis meronda tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, beberapa orang lelaki sedang leka melepak dan panik apabila ternampak kereta polis sedang meronda di kawasan rumah mereka. Oleh itu, mereka pun berlari menyorok agar tidak diketahui pihak polis.

Video aksi tergesa-gesa lelaki tersebut menyorok mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat video terbabit. Malah, ada juga yang mengatakan aksi tersebut seperti pelajar asrama yang cuba menyorok daripada warden.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan situasi yang hampir sama ketika lepak bersama rakan mereka. Diharap anda semua akan sentiasa menjaga SOP walaupun sudah lengkap menerima vaksin.

Sementara itu, PPV sudah seperti tempat memperagakan fesyen apabila ramai penerima vaksin hadir dengan pakaian yang unik. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

‘Bini Suruh Pi Cucuk Vaksin’- Gaya Lelaki Ini Pakai Baju Kelawar Di PPV Curi Perhatian Netizen

‘Bergaya’ Sebagai T-Rex Untuk Mengambil Vaksin, Perkongsian Gambar Ini Curi Perhatian Netizen