Semalam adalah pembukaan JBR Bundle cawangan Balakong dan merupakan salah satu cawangan terbesar JBR Bundle ketika ini. Namun video yang dikongsi oleh pihak JBR Bundle ini sedikit sebanyak ‘mencacatkan’ majlis pembukaan JBR ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

JBR Bundle menawarkan promosi beli satu percuma satu untuk barangan terpilih dan menyebabkan ramai yang tidak sabar untuk merebut peluang ini. Apabila dibuka sahaja pintu, orang ramai berpusu masuk sehingga menyebabkan banyak railing baju terjatuh.

“Kami tak sangka sambutan sampai pelanggan sampai begini. Mungkin salah kami sebab tak sangka akan ada yang meluru masuk sampaikan menolak kesemua railing pakaian sampai jatuh. Kami akan tambah baik susunan baju kami sekiranya ada lagi cawangan baharu di masa akan datang,” kata Tuan Jabbar, pengarah urusan JBR Bundle.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Terdapat pilihan lebih 60,000 pakaian dan aksesori di JBR Bundle cawangan Balakong ini untuk peminat bundle menyelam mencari barangan yang anda sukai.

Moga-moga di masa akan datang pengunjung akan lebih berhemah dalam memasuki acara seperti ini. Berbaris kan lebih kemas. Kalau nak tahu betapa seronoknya menyelam di JBR Bundle, boleh tonton Bella selam di JBR Bundle cawangan Shah Alam di bawah.