Sebut nama Hazama, pasti ramai yang terus terngiang di telinga suara lunak merdu milik penyanyi ini. Lagu-lagu hit beliau banyak yang menjadi siulan dan halwa telinga anak muda.

Semalam di laman FB Sultan Melaka beliau ada berkongsi satu video seorang gelandangan menyanyi. Video itu dirakam oleh seorang gadis selama 14 minit dengan pelbagai lagu sing-along yang menghiburkan orang ramai yang berada di sekitar Bukit Bintang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

siapa la brader ni… suara sedap… jgn menilai pada rupa…kerana bakat nya sungguh luar biasa

Beta rasa macam Hazama jer hawau

#BetaIsBetter

Posted by Sultan Melaka on Tuesday, 12 September 2017

Video ini telah dikongsi lebih 25 ribu dan ramai terpesona dengan nyanyian lelaki ini. Namun, ramai yang beranggapan lelaki di sebalik jambang dan imej tidak terurus ini adalah Hazama sendiri. Masih belum pasti apa motif Hazama jika benar beliau berpakaian begini untuk membuat persembahan.

Mungkin ini satu eksperimen Hazama untuk menghiburkan orang ramai tanpa mereka menyedari itu adalah beliau. Memang sedap suara Hazama dan lenggok nyanyian beliau itu sudah ‘kantoikan’ diri beliau sebenarnya.

Mengenali Hazama secara personal, beliau memang seorang yang gila-gila dan kreatif. Mungkin ada sebab tersendiri beliau membuat persembahan ini. Buat masa ini, tuan punya badan masih belum membuat sebarang kenyataan. Hazama atau pun tidak, suara lelaki di dalam video ini memang merdu dan kalau beliau ada buat lagi persembahan di Bukit Bintang, saya akan turun untuk beri sokongan. Padu brother!