Di saat mereka yang berada yang berada di Utara Malaysia masih panik dan takut dengan penyebaran wabak daripada Kluster Sivagangga, masih terdapat lagi golongan tidak endah dengan kesihatan orang ramai serta mengikut SOP yang ditetapkan pihak kerajaan.

Terbaharu, pihak polis telah menahan pasangan suami isteri ini yang dikatakan membuang gelang kuarantin dalam usaha untuk mengelakkan daripada diketahui ramai semata-mata untuk membeli barangan dapur di luar kawasan TEMCO di Kuala Sanglang, Perlis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Ipoh
Sumber: The Star

Difahamkan pihak polis menahan mereka melalui sekatan jalan yang dibuat berdekatan Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang dimana pasangan ini sedang dalam perjalanan pulang ke Kampung Sanglang pada jam 3.30 petang.

Menurut suspek yang ditahan, mereka telah memaklumkan pihak polis dimana mereka memotong gelang kuarantin kerana alergik memakainya. Pasangan ini turut disahkan polis telah menggunakan jalan tikus dalam usaha untuk mengelak daripada bertemu roadblock yang sudah dijalankan pihak polis sejak bermulanya TEMCO.

Pada bulan lalu, tular apabila terdapat individu yang sanggup keluar makan di restoran bersama gelang kuarantin yang dipakai.

Keluar Makan Bersama Gelang Kuarantin, Tindakan Wanita Ini Buat Netizen Risau

‘Kluster Sivagangga’, Restoran Di Kedah Ini Dilaporkan Tidak Merekod Butiran Pelanggan

Gara-Gara Jual Gelang Cegah COVID-19 Di Facebook, Wanita Ini Dikompaun RM50,000

Sumber