Ini bukan sekadar gelanggang tenis biasa yang ditempatkan di kawasan sebuah rumah agam mewah lama yang terletak di luar bandar Melbourne, Australia.

Imej: KayBurton
Imej: KayBurton

Firma arkitek Australia, Molecule yang bertanggungjawab membina kelainan di bawah rumah agam seluas 2,500 meter persegi ini telah mendedahkannya kepada Domain Australia sehingga menjadi perhatian masyarakat global.

Imej: KayBurton
Imej: KayBurton

Arkitek yang telah membinanya memanggil rumah agam ini sebagai ‘The Wayne Residence’ kerana memiliki ‘Batcave’ seperti di dalam filem ‘The Dark Knight’.

Imej: Domain Australia
Imej: Domain Australia

Jarrod Haberfield dari Molecule berkata: “Ia ambil masa seminit untuk (sistem hidraulik) mengangkat gelanggang tenis dan seminit untuk menutupnya semula.”

rumah 04

Ia adalah sebuah garaj kereta bawah tanah yang diinspirasikan dari filem Batman itu. Garaj di bawah gelanggang tenis ini mempunyai lampu LED di lantai, tiled floor dan lampu siling yang bergaya. Ia dibina 20 kaki ke bawah tanah dan dijadikan tempat letak koleksi kereta pemilik rumah agam tersebut.

Imej: Digital Trends
Imej: Digital Trends

Rakan kerjasama Molecule, Anja de Spa pula menyatakan garaj kereta ini memiliki kualiti seperti sebuah bilik pameran komersil dan boleh juga jadi seperti sebuah disko.

Imej: Digital Trends
Imej: Digital Trends

Pemilik rumah agam ini mahukan sesuatu yang glamour untuk kediamannya. Maka dari tangga garaj kereta yang moden ke ruang tamu rumah agam ini akan kelihatan satu transaksi yang berbeza kerana aura sejarah rumah lama ini masih terjaga rapi.

Imej: Domain Australia
Imej: Domain Australia
Imej: Domain Australia
Imej: Domain Australia

“Segala-galanya daripada kertas dinding, rawatan tingkap, perabot ditempah ikut kesesuaian dan tanggam – termasuk rak walnut perpustakaan – telah dipertimbangkan dengan sangat berhati-hati dan disusunatur dengan begitu berhati-hati, kerana kita mencari sesuatu yang tidak lupuk dek zaman di dalam tatahias ini,” jelas Anja de Spa.

Imej: Domain Australia
Imej: Domain Australia
Imej: Digital Trends
Imej: Digital Trends

Selain ‘Batcave’, rumah agam ini juga mempunyai teater 12 kerusi yang terletak di 6 meter bawah tanah di bahagian belakang rumah. Di bahagian atasnya dilitupi rumput hijau.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram