Gelaran Datuk bagi pelakon Farid kamil dan Boy Iman telah dibatalkan oleh Sultan Pahang menurut laporan Bernama menerusi dua ciapan rasmi di Twitter.

notis pemakluman
Notis Pemakluman yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Pahang

Yang Berhormat Setiausaha kerajaan Pahang menerusi satu notis pemakluman berkongsikan senarai 5 individu yang ditarik balik dan dibatalkan serta merta Anugerah Darjah Kebesaran negeri Pahang Darul Makmur yang diterima mereka sebelum ini.

Penama juga tidak lagi dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

3 individu lain yang turut ditarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan ialah Wong Shee Kai@Ricky dan Tran Thi Mai@Maimunah, masing-masing berkuat kuasa pada 1 Febuari lalu, manakala Syed Mohammad Faiz Syed Azemman berkuat kuasa pada 12 November tahun lalu.

Ini beberapa berita hiburan tempatan lain yang menarik perhatian netizen beberapa hari ini ini.

Ibu Aiman Tino Luah Rasa Kecewa Digelar ‘Mertua Dari Neraka’

Akaun Twitter Netflix Malaysia Mula Membuat Ciapan Dalam Bahasa Kebangsaan

Hausboom Tawar RM15,000, Inisiatif Untuk Bantu Pemuzik Tempatan

Sumber