Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Berikutan isu kontroversi yang melanda Haneesya Hanee dimana videonya di kelab malam tular dan menjadi buah mulut warganet, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 miliknya ditarik balik oleh pihak NU Ideaktiv Sdn. Bhd. selaku pemilik jenama Dewi Remaja.

Penarikan gelaran itu dilakukan selepas pihak pengurusan selesai melakukan siasatan mendalam dan mendapati pemenang ini telah melanggar syarat penyertaaan.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman berkata bahawa sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani, di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Menjawab isu kontroversi ini di laman rasmi Majalah Remaja, “Semua perkara yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab Hanee. Hanee akui tiada manusia yang sempurna. Dan ketidaksempurnaan ini akan dipikul oleh Hanee. Hanee meminta diberi peluang kedua,” jelas Haneesya yang kesal dengan tindakannya.

tempat Haneesya Hanee sebagai Dewi Remaja tidak akan diganti oleh pemenang tempat kedua, Tia Sarah. Dewi Remaja edisi 2018/2019 akan dibiarkan tanpa pemenang.