Sejak beberapa tahun yang lepas, pertumbuhan laman e-dagang sememangnya amat membanggakan di negara kita. Perkembangan laman web ini sekaligus turut memberi peluang untuk pengguna mendapatkan barangan secara sale berikutan persaingan yang kompetitif.

Salah satu daripadanya adalah laman web GEMFive. Mula dilancarkan sekitar dua tahun yang lalu, syarikat yang berjaya mendapat dana daripada Hong Leong Group sebanyak RM5 juta pada tahun awal perniagaan telah menghentikan operasi laman web mereka pada minggu ini.

gemfive

Berita ini turut mengejutkan kami kerana laman web GEMFive ini boleh dikatakan laman web yang ternama di dalam industri e-dagang negara kita. Dalam pada itu, dikatakan persaingan yang sengit daripada laman web lain yang berjaya memberi deal yang lebih baik kepada para pengguna turut menjadi punca.

Melihat kepada kes yang berlaku jelas industri ini bukanlah industri yang mudah. Malah, syarikat ternama dunia seperti Amazon turut melalui fasa yang sama menjelang beberapa tahun yang awal dimana Amazon berjaya meraih keuntungan menjelang tahun keenam beroperasi.

Sumber