Filem Gemini Man yang dinanti-nantikan kini sudah mula ditayangkan di pawagam terdekat anda. Pasti anda sudah tidak sabar untuk menonton buah tangan terbaharu daripada Paramount Pictures.

Sedikit sinopsis, filem Gemini Man ini mengisahkan tentang sebuah organisasi kerajaan dikenali sebagai Gemini yang bertindak sebagai pasukan kawalan keselamatan diketuai oleh individu yang terlalu inginkan kemenangan di dalam peperangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Henry Brogan yang dilakonkan oleh Will Smith merupakan seorang pembunuh upahan yang cekap dan cuba ingin bersara daripada pekerjaannya tetapi menjadi masalah apabila klon dirinya telah tercipta.

Pasti anda tertanya-tanya apa yang menarik dalam filem ini bukan? Kami akan menyentuh beberapa aspek dalam filem ini yang menjadikannya menarik dan anda harus tonton.

1. Jalan cerita

gemini-man-trailer
Sumber: Youtube

Filem ini digarap dengan baik sekali. Mungkin pada permulaan filem ini agak slow tetapi plotnya boleh dikatakan bagus kerana ia bermula dengan bagaimana klonnya boleh terhasil. Jalan ceritanya mudah dan penonton tidak akan berasa tertekan untuk memahami konflik yang dialami.

2. Tonton di pawagam IMAX

imax_hall
Sumber: Google

Apa yang kami boleh katakan, jika anda menonton di pawagam IMAX, anda akan dapat lihat betapa ‘real’ kesan khas CGI yang digunakan. Untuk pengetahuan anda, teknologi khas yang digunakan menampakkan watak Henry Brogan versi muda iaitu Junior kelihatan realistik.

3. Clay Verris

AR-191009409
Sumber: Times

Dalam filem ini, watak Clay Verris lakonan Clive Owen pasti akan menarik perhatian selain daripada watak Henry Brogan. Ini kerana watak ini memainkan peranan seorang penjahat tetapi mendakwa melakukan kejahatan kerana ingin menegakkan nilai kemanusiaan. Pasti anda akan berasa meluat dengan watak ini.

4. Lebih aksi realistik

1570636718_308_gemini-man-2019-movie-review-screen-rant
Sumber: Google

Jika anda ingin lihat filem yang tampil dengan aksi realistik, inilah filemnya. Babak aksinya cukup menarik dan tidak terlalu heavy. Setiap babak pertempuran akan membuat anda tidak senang duduk.

Apa yang kami boleh katakan, anda kena lihat sendiri filem ini kerana ia memiliki kekuatannya tersendiri. Kami memberikan 7/10 untuk filem ini. Anda bakal melihat satu pengalaman berbeza menonton filem ini.

Anda mungkin berminat untuk baca artikel berkaitan teknologi yang digunakan dalam filem ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Teknologi Kesan Khas Dalam Filem Gemini Man Bakal Merevolusikan Industri ‘Hollywood’

Tonton Video Kolaborasi ‘Awesome’ Antara Sofyank96 Dan Will Smith

Tonton Lokasi Unik Yang Dipilih Ang Lee Untuk Penggambaran Gemini Man