Gempa bumi kuat sekali lagi mengegar Jepun. Menurut lapor dari Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi ini berlaku kira-kira 6 jam pagi waktu tempatan kedalaman 10 kilometer.

Jabatan Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran tsunami dengan ombak setinggi tiga meter susulan gempa berukuran 6.9 magnitud yang melanda wilayah Fukushima. Pada mulanya, ia mencatat bacaan 7.3 magnitud namun telah dikurangkan menjadi 6.9. Secara keseluruhan, masih tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Menurut laporan dari media tempatan, fenomena air laut pasang surut turut berlaku di kawasan pantai di Iwaki. Tsunami berukuran 60 sentimeter telah dikesan di Pelabuhan Onahama di Fukushima dan 90 sentimeter di Soma berlaku sejurus kejadian gempa bumi.

Susulan itu, penduduk di kawasan perairan itu diarahkan berpindah ke kawasan selamat. Perkhidmatan kereta api laju Shinkansen di Jalur Tohoku, Joetsu dan Hokuriku turut dihentikan dari beroperasi sebagai persediaan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan, kecederaan dan kemalangan.

Fukushima yang terletak di utara Tokyo merupakan pusat loji kuasa nuklear yang sebelum ini musnah susulan kejadian tsunami dan gempa bumi luar pesisir pada 2011. Kira-kira 18,000 terkorban dalam bencana itu.

Anda Mungkin Suka