Sebuah kapal terbang TransAsia jenis ATR-72 turboprop keluaran Perancis yang dikendalikan dua juruterbang telah melanggar sisi tepi lebuhraya sebelum terhempas di Sungai Keelung. Pada ketika itu, ATR-72 membawa 58 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Taipie ke Kinmen. Menurut Taiwan’s Central News Agency (CNA), 10 orang yang terlibat telah di hantar ke hospital di Bandar Baru Taipie, Taiwan dan lebih 40 orang masih menunggu untuk diselamatkan.

transasia

104504407-GettyImages-475887220-fraud-website.1910×1000
HYPE
4 Tip Kemas Rumah Efektif Dan Mampu Jana Duit Poket Yang Anda Boleh Cuba
Baca lagi →

Ini adalah video yang sempat dirakam oleh seorang pengguna lebuhraya ketika kejadian tersebut berlaku:

https://www.youtube.com/watch?v=6BIsUCQEv_8

Berdasarkan laporan Berita Harian, sekurang-kurangnya 9 orang terbunuh dalam kejadian pagi tadi. Ia melibatkan seramai 31 pelancong China dan warga tempatan. Pesawat itu kini di dalam Sungai Keelung, yang terletak beberapa meter dari pantai dan tidak jauh daripada lapangan terbang Sungshan selepas hilang daripada radar kira-kira jam 10.55 pagi. Ini merupakan kali kedua nahas udara melibatkan TransAsia dengan selang beberapa bulan yang lalu.

Anda Mungkin Suka