Aktiviti travelling hari ini boleh dikatakan semakin ‘menggila’ dan digemari generasi milenium zaman sekarang. Ya, generasi milenium tu generasi Y lah! Aktiviti sihat dan saya sangat menyokong. Daripada habiskan duit merempit atau hisap dadah, lebih baik mereka pergi travel, banyak manfaatnya.

Jika mahu bandingkan cara orang dahulu travel dan generasi sekarang, tidak dinafikan memang jauh sungguh bezanya. Namun apa yang boleh saya katakan, kemajuan teknologi hari ini sudah banyak membantu memudahkan kita semua. Dari segi cabaran pula, terdapat beberapa kritikan dan padangan. Itu sebenarnya perlulah disuaikan mengikut keadaan semasa juga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seiring dengan perkembangan zaman, cara juga turut berubah. Menurut survei yang dilakukan oleh Agoda, majoriti generasi milenium kini lebih suka travel tanpa peta. Hasil daripada tinjuan pengguna, 40 % dari responden menjawab mereka tidak memerlukan peta semasa travel di sesuatu tempat.

Ini menunjukan ramai traveller kini lebih gemar meneroka sesebuah tempat secara spontan dan bebas dari sebarang rancangan. Dengan cara ini, potensi untuk mereka mejelajah ke tempat baru yang masih belum pernah dikunjugi semakin besar.

Manakala 56% daripada mereka pula berani memilih jalan yang salah semasa travel. Hal ini menujukan Generasi Y sekarang lebih suka mencari sesuatu yang baru berbanding perkara yang sudah ada sebelumnya. Dalam masa yang sama memberitahu, purata generasi Y yang gemar travel berani mengambil risiko serta memiliki mental yang kuat.

Adakah anda tergolong dari kalangan Gen Y Traveller? Apa pendapat anda mengenai perkara ini.

Anda lebih suka travel:

A) Rancang, pergi dan redah sahaja
B) Ikut seperti yang dirancangkan
C) Cuba cari lokasi baru yang belum atau jarang dikunjugi
D) Semua di atas