Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada zaman sekarang perkhidmatan rider makanan merupakan salah satu servis yang mendapat sambutan daripada orang ramai. Namun, ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab menggunakan ‘perkerjaan’ tersebut untuk kegiatan tidak bermoral.

Baru-baru ini pihak polis menumpaskan sekumpulan penjenayah dikenali sebagai ‘Geng Ashmer’ yang aktif melakukan jenayah meragut di kawasan orang ramai yang memakai rantai emas.

Dalam satu kenyataan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, ‘Geng Ashmer’ akhirnya kecundang apabila empat individu yang berusia 25 hingga 51 tahun ditahan menerusi tiga serbuan berasingan di Sentul, Wangsa Maju dan Gombak bermula 23 hingga 28 Oktober lalu.

Menerusi hasil serbuan itu, polis turut merampas empat buah motosikal Yamaha Y15ZR dan 135 LC, lima topi keledar, enam buah telefon bimbit, dua buah beg Grabfood dan 36 utas rantai leher disyaki emas dan sebuah alat penimbang. Kesemua rampasan barang kemas tersebut dianggarkan bernilai RM55,000 dan geng tersebut dipercayai bergiat aktif sejak lima bulan lalu.

Modus operasi ‘Geng Ashmer’ untuk melakukan jenayah ragut dimulakan dengan salah seorang suspek akan bertindak untuk ‘menjaga line’, manakala seorang lagi suspek akan menjadi ‘striker’ untuk meragut rantai emas daripada mangsa.

Setelah itu, rantai emas hasil ragut itu akan dijual kepada seorang suspek berusia 51 tahun di kawasan Selayang Baru. Kemudiannya, wang hasil jualan tersebut dibahagikan sesama ahli kumpulan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiga suspek mempunyai rekod jenayah. Semua suspek direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut. Dengan penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan 30 kes ragut di Lembah Klang termasuk 10 di Sentul,” terang Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Tambahnya lagi, beliau meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa ragut atau mempunyai maklumat kegiatan jenayah diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 atau BSJ Sentul (03-40482222).

Dalam kisah lain, orang ramai mengecam sepasang suami isteri memaki hamun pengawal keselamatan kerana enggan menjaga anak mereka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Tinggal Anak Dan Maki Hamun Pengawal Keselamatan, Tindakan Pasangan Ini Raih Perhatian Netizen

Selepas Butik Dior, Minah Saleh Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC

Anda Mungkin Suka