Sekiranya aktiviti berbasikal secara berkumpulan dibuat pada waktu hari minggu, orang ramai memahaminya kerana kenderaan di atas jalan raya agak kurang berbanding pada hari bekerja.

Tetapi apabila aktiviti tersebut dibuat pada hari berkerja, ditambah pula pada waktu puncak sudah pasti ia boleh menyebabkan pengguna jalan raya lain kurang selesa dengan kehadiran mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini salah seorang pengguna Twitter @Radevengers telah berkongsi satu rakaman video di mana tiga orang penunggang basikal berada di tengah-tengah jalan ketika pengguna jalan raya lain sedang bersesak di dalam kesesakan lalu lintas.

Pada masa yang sama, mereka mengayuh basikal terlalu rapat dengan sebuah lori pasir yang berada berhampiran dengan mereka. Video tersebut telah meraih perhatian pengguna-pengguna Twitter yang kurang selesa serta risau dengan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Timbul persoalan di antara netizen, apa bezanya penunggang basikal ini dengan kanak-kanak yang menaiki basikal lajak kerana kedua-duanya menyalahgunakan jalan raya sehingga membahayakan orang ramai.

Pada masa yang sama juga, netizen-netizen turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan serta mendenda penunggang basikal yang menyalahgunakan jalan raya sehingga menyusahkan pengguna-pengguna lain.

Pada bulan lalu, pihak polis telah membuat kenyataan rasmi bakal pantau aktiviti berbasikal dengan lebih ketat ekoran tular beberapa video penunggang basikal berada begitu rapat dengan lori. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Polis Bakal Pantau Aktiviti Berbasikal Berkumpulan Dengan Lebih Ketat

Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen

Sumber