Sebuah video mula tular di media sosial dengan sekumpulan penunggang basikal yang berhenti menyelamatkan seekor anjing liar yang kelihatan terperangkap di tepi Lebuhraya Karak.

Selain daripada mereka, terdapat juga sepasang suami isteri dan penunggang motosikal yang turut membantu menyelamatkan anjing tersebut yang dilaporkan terperangkap dengan kawat duri tajam, lapor Free Malaysia Today.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video yang dimuat naik oleh Massesmy, dipercayai milik Nuhar Bhai menggambarkan seorang lelaki bernama Nahur Omar cuba menenangkan haiwan yang terperangkap.

Bagaimanapun, misi mereka untuk membebaskan anjing terbabit daripada kawat duri tajam yang dilekatkan bersama dengan dahan pohon menjadi lebih rumit daripada apa yang mereka sangkakan.

Namun nasib mereka baik apabila salah seorang penunggang motosikal yang berada di tempat kejadian memiliki pisau dan menggunakannya untuk memotong kawat duri tajam tersebut.

Proses menyelamat menjadi lebih mudah dan anjing terbabit akhirnya berjaya diselamatkan. Video terbabit juga berakhir dengan seorang penunggang basikal menawarkan air kepada Nahur untuk mencuci tangannya.

Situasi ini jelas telah menyentuh hati rakyat Malaysia. Ini juga memberi gambaran yang baik kepada kumpulan basikal yang sebelum ini tular dengan beberapa pandangan negatif.

Terdahulu, kumpulan basikal menjadi sasaran kritikan masyarakat selepas terjadinya beberapa kejadian yang dilihat tidak peka dan beradab. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tidak Peka Dan Beradab, Netizen Kecewa Geng Basikal ‘Selfish’ Guna Jalan Raya

Risau Jadi Trend Panjat ‘Roundabout Elmina’, Netizen Berang Dengan Sikap Geng Basikal

Netizen Luah Kekecewaan Selepas Melihat Gambar Bersama Basikal Di Atas Pokok Ini