Kita sering kali mendengar kes-kes kecurian barangan mahupun kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat. Rata-rata pencuri menyasarkan wanita yang berseorangan di dalam kenderaan.

Baru-baru tular beberapa rakaman video dashcam menunjukkan sebuah kereta Honda City telah dibawa lari semasa kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat kawasan Sri Petaling, Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Insiden ini bermula apabila seorang lelaki tidak dikenali telah menghampiri sebuah kereta Honda City yang sedang menunggu lampu isyarat merah, lalu menarik pemandu keluar dan membawa lari kereta tersebut.

Perakam video telah mengejar suspek sehinggalah beberapa buah kereta lain datang membantu dengan membuat formasi bagi mengepung suspek yang berada di lorong kanan sebuah jalan kecil.

@_putra_adam

#kescurikereta#fyp

♬ bunyi asal – putraADAM – putraADAM

Ramai netizen memuji tindakan pengguna jalan raya lain yang sanggup merisikokan kenderaan dan diri mereka bagi menangkap pencuri terbabit.

Mereka juga kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh lelaki yang merakam video kejadian kerana dapat tumpaskan pencuri kereta dengan mudah tanpa sebarang pergaduhan.

vocket-geng-kereta-tumpas-pencuri-4
Sumber Gambar: Facebook
vocket-geng-kereta-tumpas-pencuri-header-5
Sumber Gambar: Facebook
vocket-geng-kereta-tumpas-pencuri-6
Sumber Gambar: Facebook
vocket-geng-kereta-tumpas-pencuri-7
Sumber Gambar: TikTok

Hantaran video asal ini telah mendapat ribuan komen dan belasan ribu perkongsian oleh pengguna Facebook.

Ramai juga netizen yang ‘tag’ ahli keluarga, rakan dan pasangan masing-masing pada ruangan komen bagi mengingatkan mereka supaya sentiasa kunci pintu kereta bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.

‘Double-Park’ Kereta Pemandu Mengandung, Sikap Pemilik Honda Civic Ini Undang Kecaman Netizen

Sanggup Ikuti Trend Sehingga Abaikan Keselamatan Anak, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Netizen Dakwa Ada Kedai Motosikal ‘Markup’ Harga Y16ZR Cecah RM13,000

Sumber