Tular satu rakaman video sebuah konvoi dari Singapura yang terdiri daripada kira-kira enam buah kereta BMW yang memecut dengan laju di lebuh raya baru-baru ini.

Pada awal video berkenaan sebuah BMW M4 berwarna ‘Austin Yellow’ yang mendahului konvoi tersebut menyelit di antara Toyota Vellfire dengan Proton Persona tanpa memberikan lampu signal untuk memotong kenderaan di hadapannya yang perlahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemudiannya beberapa buah lagi kenderaan nombor plat Singapura menghimpit Toyota Vellfire yang perlahan sehingga MPV tersebut memberikan laluan kepada kereta-kereta lain yang berada dibelakangnya.

Video berdurasi hampir satu minit itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang berasa tindakan mereka yang sering memandu secara berbahaya setiap kali memasuki negara ini.

Sumber Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians
Sumber Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians
Sumber Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians
Sumber Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians
Sumber Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians
Sumber Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians

Tambah orang ramai lagi, tidak cukup dengan membuat jalan raya seperti sebuah litar, banyak kenderaan nombor plat Singapura turut ‘mencuri’ minyak bersubsidi yang khas untuk kenderaan berdaftar di Malaysia sahaja.

Warganet turut berharap agar selain pihak berkuasa sedia memantau stesen minyak di sempadan Selatan tanah air, mereka juga boleh memantau dan mengeluarkan saman serta denda yang berat kepada setiap kenderaan dari Singapura yang sengaja melanggar undang-undang jalan raya semasa masuk ke dalam negara ini.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Klik pautan di bawah untuk baca lagi artikel-artikel mengenai apa yang berlaku selepas pembukaan sempadan Utara-Selatan negara ini.

Anggota KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak Berhampiran Sempadan Utara-Selatan Malaysia

Deretan Kereta Di Woodlands Checkpoint, Rakyat Singapura Tidak Sabar Masuk Ke Malaysia

Pemilik Tesla Singapura Kongsi Pengalaman Mengembara Ke Utara Malaysia Guna Mod ‘Auto-Pilot’