Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada setiap hari minggu kebelakangan ini, beberapa lokasi ‘jalan belakang’ atau b-road mula dibanjiri oleh pemilik-pemilik kenderaan tidak kira dua tayar mahupun empat tayar yang sukakan cabaran pada laluan jalan tersebut.

Sejak petang semalam tular rakaman video sebuah Nissan Cefiro gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh sebuah Honda BR-V yang berada di laluan bertentangan.

Dua rakaman video pada dashcam hadapan dan belakang dua kenderaan berbeza menunjukkan sebuah BMW seperti cuba mengelak sesuatu sebelum sebuah kereta di belakangnya membuat brek mengejut untuk mengelakkan pelanggaran.

Namun, nasib tidak menyebelahi konvoi kereta tersebut apabila sebuah Nissan Cefiro berwarna putih gagal membuat brek kecemasan dengan kemas lalu bergesel pada bahagian kanan kereta yang berada di belakang BMW.

Kemudian Nissan Cefiro tersebut masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah Honda BR-V sehingga kereta tersebut terpelanting ke bahagian kiri jalan.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan geng konvoi kereta yang memandu secara berbahaya sehingga ‘menggadai’ keselamatan diri sendiri bahkan telah melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Ada juga meminta pihak polis untuk mengadakan sekatan jalan raya pada hari minggu di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku pada masa akan datang.

Sumber Gambar: Facebook Careta

Sumber Gambar: Facebook Careta

Sumber Gambar: Facebook Careta

Sumber Gambar: Facebook Careta

Sumber Gambar: Facebook Careta

Menurut salah seorang pengguna media sosial, kereta Honda BR-V yang terlibat dalam kemalangan terbabit milik rakannya. Ketika waktu kejadian, isteri rakannya sedang memandu dalam perjalanan ke tempat kerja. Wanita tersebut dikhabarkan selamat tanpa kecederaan teruk.

Manakala pemandu serta penumpang Nissan Cefiro tidak dapat dipastikan keadaannya kerana berdasarkan gambar yang tular, kelihatan kereta tersebut agak teruk pada bahagian hadapan pemandu setelah pelanggaran berlaku.

Tidak dinafikan memandu mengambil angin di kawasan-kawasan ‘jalan belakang’ pada awal pagi memang menyeronokkan. Ditambah pula dengan suasana yang agak sejuk serta menyegarkan.

Namun perbuatan memandu secara berbahaya hanya kerana mahu ‘menguji’ kemampuan kenderaan pada lokasi-lokasi tersebut adalah salah sama sekali dan sepatutnya ia dilakukan di kawasan litar tertutup yang lengkap dengan ciri-ciri keselamatan.

Pada bulan Ogos lalu, mangsa dilanggar sebuah Toyota Yaris yang sedang berkonvoi menceritakan semula keadaan semasa insiden tersebut berlaku. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Mangsa Proton Wira Kongsi Situasi Yang Berlaku Semasa Kemalangan Dengan Toyota Yaris

Netizen Bengang Lihat ‘Geng Honda Civic’ Potong Treler Dan Bahayakan Pengguna Jalan Raya Lain

Anda Mungkin Suka