Pada akhir Oktober lalu ada seorang pemilik kedai makan menjadi bualan warganet apabila gambar yang dikongsikannya pada Facebook Group ‘Edit Apa Hari Ini’ telah mengusik emosi netizen yang tumpang simpati apabila kedai makannya kurang mendapat sambutan ramai.

Baru-baru ini sekumpulan anak muda telah menunggang motosikal bersama-sama untuk menjamu selera di kedai makan yang menjadi perhatian pengguna Facebook sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Minggu lepas viral tuan kedai minta suntingkan gambar orang penuh kedai, hari ini Allah S.W.T aturkan kami datang penuhkan kedai. Makanan sedap-sedap, yang mana teringin nak cuba boleh datang kedai sebelah Stesen Bas Bandar Seri Jempol.

“Terima kasih semua yang join semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan anda semua,” petik perkongsian Facebook Zuriat Yat, salah seorang ahli konvoi yang pergi ke kedai makan yang tular itu.

Perkongsian hantaran Facebook itu telah mendapat pujian warganet yang berbangga geng konvoi motosikal terbabit sedikit sebanyak telah membantu perniagaaan kedai makan  tersebut.

Tambah netizen lagi, oleh kerana sebahagian besar geng motosikal gemar makan masakan daging atau kambing, oleh sebab itulah mereka sanggup berkonvoi ke kawasan-kawasan luar bandar untuk menikmati keenakan juadah tersebut.

Dalam masa sama, netizen turut mendoakan agar kedai makan tersebut terus berkembang maju dipenuhi lebih ramai pelanggan selepas ini.

Sumber Gambar: Facebook Zuriat Yat
Sumber Gambar: Facebook Arena Motor
Sumber Gambar: Facebook Arena Motor
Sumber Gambar: Facebook Arena Motor

Sebelum ini, Tun Saliza, pemilik kedai makan yang terletak di sebuah medan selera dekat Bandar Seri Jempol telah meminta ahli Facebook Group ‘Edit Apa Hari Ini’ untuk menyunting gambar kedainya dipenuhi dengan para pelanggan kerana teringin membayangkan bagaimana keadaanya seperti mana kedai-kedai makan lain yang viral di media sosial.

“Perniagaannya di medan selera itu baru bermula sejak Julai lalu dan diuruskan bersama suami tanpa ada pekerja. Hasil jualan tidak menentu, pernah dapat RM47 dari pagi hingga ke petang dan ada waktunya RM50 dan RM70.

“Peritnya kerana saya perlu berulang alik hampir sejam juga dari rumah untuk ke medan selera jadi agak tidak balik modal jika hasil jualan kurang. Bagaimanapun, saya dan suami akan terus berniaga kerana hanya ini sumber pendapatan kami buat masa sekarang,” terangnya selepas ditemu bual Harian Metro.