Di Malaysia ini masih ramai pengguna jalan raya terkejar-kejar lampu isyarat hijau kerana tidak mahu menunggu lampu isyarat merah.

Tular satu rakaman video pendek yang dimuat naik Instagram @pandulaju sebuah lori terpaksa berhenti mengejut sehingga berasap tayar kerana mahu mengelak tiga motosikal yang ketika itu baru bergerak selepas lampu isyarat laluan mereka bertukar warna hijau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sejurus lori itu berhenti mengejut, kesemuanya penunggang motosikal di persimpangan itu terpinga-pinga melihat kejadian yang berlaku secara mengejut.

https://www.instagram.com/p/Cm-YXTJg4GX/

Rakaman video itu mengundang perdebatan orang ramai, ada yang menyalahkan pemandu lori kerana tidak perlahankan kenderaan sewaktu lampu isyarat kuning mahu bertukar menjadi merah.

Dalam masa sama netizen turut menyalahkan kumpulan penunggang motosikal itu kerana mereka terus bergerak sejurus nampak lampu bertukar hijau. Sepatutnya mereka perlu lihat kiri dan kanan dahulu, bimbang ada kenderaan lain yang datang meluru ke arah mereka.

Sumber Gambar: Instagram @pandulaju
Sumber Gambar: Instagram @pandulaju
Sumber Gambar: Instagram @pandulaju

Netizen turut berpesan agar tidak mengejar lampu isyarat sekiranya lampu sudah bertukar kuning dan jangan terus bergerak sekiranya lampu isyarat baru bertukar hijau, tunggu 1-2 saat dahulu untuk pastikan laluan selamat untuk berjalan.

Bak kata orang dahulu kala — biar lambat, asalkan selamat.