Dalam sebuah hantaran yang tular di laman TikTok, akaun AEON Retail Malaysia memuat naik satu video yang membuakkan rasa kagum rakyat Malaysia.

Video durasi pendek itu memaparkan sebuah peragaan fesyen yang dijalankan oleh AEON Fashion Preview di salah sebuah MRT di pusat bandar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@aeonretailmalaysia Bukan selalu dapat tengok MRT jadi fashion runway. Hanya di AEON Fashion Preview. ✨😌 #AFP2022 #AEONFashionPreview #AEONFashionPreview2022 #AEONRetailMalaysia #AEONMalaysia #AEONBiG #myAEONLifestyle #InnerCasual #InnerCasualMalaysia ♬ Hola – :):

“Bukan selalu dapat tengok MRT jadi fashion runaway. Hanya di AEON Fashion Preview,” tulis AEON di bahagian kapsyen video tersebut.

Sejak dimuat naik, video ini telah ditonton sebanyak 1.3 juta orang dan telah menarik lebih 100,000 tanda suka di laman TikTok.

Tidak pasti MRT manakah yang digunakan oleh pihak AEON, namun ia telah menarik pelbagai reaksi positif rakyat Malaysia yang menonton video terbabit.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama pengangkutan awam seperti MRT digunakan sebahagi tempat peragaan fesyen.

Dua tahun lalu, MRT Jakarta turut pernah menjadi tempat peragaan fesyen oleh salah satu produk tempatan di Indonesia.

Manakala pada tahun lalu, sebuah keretapi di Korea Selatan turut menjadi tempat peragaan fesyen.

Di Malaysia pula, jenama seperti Pestle Mortar Clothing pernah mengadakan acara peragaan fesyen di MRT pada tahun 2018.

The Vocket pernah dijemput untuk menghadiri acara tersebut yang bermula dari stesen LRT Kelana Jaya dan disudahi dengan “showcase” pakaian Pestle Mortar di Lot 10 Rooftop, Bukit Bintang.

Vocket Visit: ‘Fashion Show’ Pestle Mortar di dalam tren. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Vocket Visits: ‘Fashion Show’ Pestle Mortar Di Dalam Tren