Walaupun terpalit dengan isu saman dengan pihak Disney dan Fox, Genting baru-baru ini telah mengumumkan bahawa taman tema akan mula dibuka dan dijadualkan akan beroperasi pada awal tahun hadapan. Walau bagaimanapun pihak Genting telah mendapat satu berita baik apabila Universal dan Six Flag tampil untuk memberi kerjasama dalam pembinaan taman tema tersebut.

Kenyataan tersebut disokong kuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan tersebut Tan Sri Lim Kok Thay yang memberitahu semua aspek operasi berada dalam pemantauan yang baik untuk pembukaan yang dijangka pada bulan Januari nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
maxresdefault (1)
Ketua Pegawai Eksekutif GENTING, Tan Sri Lim Kok Thay

Pihak Genting yakin segala persiapan operasi akan berjalan seperti yang dijadualkan dan akan dibuka pada waktu yang sepatutnya. Tambah beliau taman tema yang menjadi sebahagian daripada rancangan kecil untuk memperluaskan lagi Resort World Genting itu akan berjaya menarik pengunjung lebih ramai daripada sebelum ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.