Bagi anda yang ingin berkunjung dan makan angin di Genting Highlands mungkin ini adalah waktu yang tepat untuk anda semua ke sana.

Berbeza dengan pemandangan biasa yang menunjukkan tempat tarikan popular itu sering dipenuhi dengan pengunjung, rakaman video oleh seorang netizen baru-baru ini menunjukkan tempat tersebut tidak ubah seperti ghost town atau sebuah bandar berhantu.

IMG_20200320_123528_287
HYPE
7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu
Baca lagi →

Kiriman tersebut turut disertakan dengan kapsyen “Tidak ada satu bayang manusia pun di Genting?” seperti yang dilaporkan portal SAYS.

云顶空无一人? (视频转载)

Posted by 家在檳城威南華都村 Home In Penang's Kg.Valdor on Monday, 3 February 2020

Rakaman video itu jelas menunjukkan tempat letak kereta yang lengang tanpa pengunjung dan hanya pekerja pembersihan sahaja yang kelihatan di sekitar kawasan tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah pun mencecah lebih seratus ribu tontonan di Facebook.

Menguatkan lagi dakwaan tentang perkara tersebut, seorang lagi netizen turut berkongsi pengalamannya berada di Genting Highlands baru-baru ini.

“Saya ada di sana pada Sabtu lepas sambil meminum bir di sebuah bar.

“Memang betul, tidak ramai orang seperti kebiasaannya,” kongsi beliau.

20200207_151817

Ada juga netizen yang berpendapat perkara tersebut mungkin berlaku kerana ramai yang risau dengan penularan wabak penyakit yang sedang melanda dunia ketika ini.

photo_2020-02-07_15-10-34 photo_2020-02-07_15-10-25

Malah,  gambar yang dikongsikan portal SAYS juga menunjukkan Genting Highland kelihatan sedikit lengang berbanding kebiasaan.

says1

Perkara itu dipercayai berlaku selepas pembatalan tempahan hotel oleh para pelancong dari China di Resort World Genting seperti diumumkan pengurusan mereka pada semalam.

Menurut kenyataan tersebut, semua tempahan yang dibuat pelancong dari China telah pun dibatalkan untuk bulan Februari.

“Bertentangan dengan laporan tertentu yang kami sedia maklum, kami ingin menjelaskan bahawa semua lawatan berkumpulan dari negara China pada bulan Februari telah dibatalkan oleh pengendali pelancongan dan bukan oleh RWG,” kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersependapat dengan perkara itu dan mengatakan masih terdapat ramai pengunjung di sana.

Tan Mi Wan yang meninggalkan komen di kiriman tersebut berkata ruangan itu adalah untuk ‘jockey parking‘ dan bukannya tempat letak kereta yang biasa.

photo_2020-02-07_15-15-38

“Sebab itulah tiada kereta di sana. Bukannya tiada orang di Genting.

“Genting masih sama dan pengunjung masih ramai,” tulisnya di ruangan komen kiriman tersebut.

Seorang lagi netizen turut setuju dengan Tan yang mengatakan tempat letak kereta itu adalah yang lama dan bukannya tempat letak kereta yang baru dan sebab itulah tiada sesiapa yang kelihatan di sana.

20200207_151948

Jika dilihat kepada gambar beserta kiriman-kiriman media sosial yang dibuat netizen ini, Genting Highlands dilihat tidak dibanjiri pengunjung seperti biasa.

Mungkin juga kerana rakyat Malaysia baru sahaja lepas bercuti panjang dan sudah pun berkunjung ketika musim cuti sekolah sewaktu musim perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Jadi, bagi anda yang ingin makan angin hujung minggu ini, apa kata anda terokai sendiri sama ada dakwaan tersebut benar-benar berlaku ataupun tidak.

Kami sebelum ini juga ada berkongsi beberapa tarikan terbaru yang terdapat di Genting Highlands. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba

Rasai 5 Pengalaman Berbeza Di SkyVR Genting Highlands Sesuai Buat Seisi Keluarga

Anda Mungkin Suka